Sanusi menghasut dan buta sejarah – Zahid

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, adalah satu tindakan menghasut, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid kenyataan itu juga menunjukkan, menteri besar Kedah itu daif dari segi ilmu sejarah, malah tidak memahami Perlembagaan.

“Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja tidak membangkitkan perkara ini.

“Saya fikir ini bukan sekadar menghasut, tetapi juga daif dari segi ilmu sejarah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beliau mengulas kenyataan Sanusi kelmarin (Isnin), yang menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan.

Mengulas lanjut Zahid berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Sanusi seharusnya faham soal Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian antara kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata terdapat perkara yang sudah ditandatangani dan ia termaktub dalam perjanjian pemerintahan kedua-dua negeri ketika berada di era kolonialisme.

“Biarpun kita menolak (perjanjian) kolonialisme itu, namun perjanjian itu diterjemahkan dalam Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan sebuah (Persekutuan) Tanah Melayu,” katanya.

Zahid berkata, Sanusi harus memahami serta mengetahui mengenai Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dalam membuat kenyataan tersebut.

Berhubung Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, Zahid berharap sesi perkongsian ilmu itu diteruskan dan dikembangkan lagi, mengambil kira pemikiran tokoh itu yang disifatkannya cukup terkedepan, bersifat sejagat, inklusif dan meraikan realiti dalam konteks masyarakat berbilang budaya dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk penganjuran seminar, forum atau wacana pemikiran tokoh bahasa dan budaya itu, pada masa akan datang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker