Penduduk gempar temui mayat berdiri dalam longkang

Satu mayat ditemui dalam keadaan berdiri dekat Pusat Rekreasi dan Promosi Pembangunan (PRPP) di Indonesia, sehingga mencetuskan kegemparan, lapor laman berita Detik Jateng hari ini.

Polis mengesahkan identiti mayat itu sebagai Roffi Teguh Prakhoso, 27, yang berasal dari Semarang Utara. Dia merupakan mangsa dua kes berlainan Sabtu lalu yang melibatkan tujuh orang dengan suspek sudah ditangkap.

Menerusi gambar yang diperoleh Detik Jateng, mayat Roffi dilihat berdiri dalam posisi menunduk manakala bahagian bahu hingga ke bawah badannya berada di dalam air longkang.

Berdasarkan keterangan seorang pegawai polis tempatan, Irwan Anwar, mangsa pada awalnya dicederakan menggunakan peralatan tajam yang ditusuk ke perut dan dada selain dia turut dipukul.

Namun, mangsa ketika itu dipercayai masih menunggang motosikal sehingga tiba di PRPP, di mana dia berhenti dan turun sebelum terbaring.

Tiga telefon bimbitnya kemudian dilarikan suspek lain ketika mangsa masih hidup. Dia juga dipercayai berusaha untuk bergerak, namun terjatuh ke dalam longkang yang sempit sehingga ditemukan dalam keadaan mati berdiri pada malam minggu lalu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker