Nurul Izzah akan tanding PRN Pulau Pinang

Nurul Izzah akan tanding PRN Pulau Pinang

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa, menurut sumber.

Sumber yang enggan dinamakan berkata penyertaan Nurul Izzah dalam PRN itu boleh meningkatkan peluang partinya untuk mengekalkan kerusi di DUN dan membantu mendapatkan undi daripada golongan wanita.

“Beliau akan diamanahkan dengan portfolio penting dalam pentadbiran negeri sekiranya PH mendapat mandat daripada rakyat Pulau Pinang,” kata sumber yang rapat dengan seorang pemimpin PH kepada FMT.

Pada PRU15 November tahun lalu, Nurul Izzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi calon PAS, Fawwaz Mohamed, dengan majoriti 5,272 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Nurul Izzah, anak sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim, adalah pengerusi bersama sekretariat badan penasihat khas kepada Kementerian Kewangan.

Masih belum jelas kerusi DUN mana antara 15 kerusi majoriti Melayu yang akan ditawarkan kepada Nurul Izzah untuk bertanding. Terdapat 40 kerusi di DUN Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dua minggu lalu berkata, DUN akan dibubarkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun.

Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan juga dijadual membubarkan DUN mereka dalam dua minggu terakhir Jun ini. FMT

Nurul Izzah akan tanding PRN Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker