Inilah masanya untuk Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan
KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly-Thinaah harus memanfaatkan peluang terbaik untuk melakar kejuaraan sulung musim ini apabila turun menentang Baek Ha Na-Lee So Hee di pentas final Masters Malaysia 2023 hari ini.
Ini kerana selain kelebihan beraksi di laman sendiri, Pearly-Thinaah mempunyai kelebihan psikologi kerana pernah menundukkan pasangan Korea Selatan itu pada pertemuan pertama mereka di separuh akhir Terbuka Perancis tahun lalu.
Kemenangan ke atas Ha Na-So Hee menyaksikan mereka muncul juara apabila menumpaskan gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara di final.
Bagaimanapun Pearly menegaskan mereka tidak terlalu memikirkan siapakah lawan di pentas final di Axiata Arena itu kerana menyifatkan mereka harus fokus terhadap corak permainan sendiri.
“Saya fikir kali terakhir menang, mereka (Ha Na-So Hee) baru saja digandingkan. Sekarang ini, mereka sudah matang, lebih kuat. Saya rasa lawan yang sengit. Apapun, kami hanya perlu mempersiapkan diri dan berikan yang terbaik,” katanya.
Pearly-Thinaah menamatkan badi terkandas tiga kali di separuh akhir di di Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman apabila mara ke pentas final pertama mereka musim ini selepas mengejutkan gandingan kelima dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dengan keputusan 21-19, 23-21 dalam aksi selama sejam 33 minit di separuh akhir semalam.
Bagaimanapun, keletihan dijangka menjadi ‘musuh’ Pearly-Thinaah apabila terpaksa beraksi dalam perlawanan maraton selama satu jam lebih dalam tiga aksi berturut-turut sejak pusingan kedua Khamis lalu.
“Kami terpaksa menghadapi beberapa perlawanan yang memang memenatkan. Namun, terima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan dan ia menjadi motivasi buat kami,” kata Pearly.
Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara meraih gelaran di Masters Malaysia yang dianjurkan sejak 2009 adalah pada musim 2012 menerusi gandingan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.
Pada ketika itu, Eei Hui-Pei Tty mencatat kemenangan 21-18, 21-18 ke atas beregu Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)
You must be logged in to post a comment.