Anggota tentera laut hilang 5 hari ditemui maut dalam parit

Anggota tentera laut hilang 5 hari ditemui maut dalam parit

Misteri kehilangan seorang anggota tentera laut hampir lima hari lalu terjawab apabila jenazah mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di Sabak Bernam.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di dalam parit besar di hadapan sebuah hotel.

Katanya, kereta itu ditemui oleh seorang pemotong rumput berhampiran longkang berkenaan.

“Susulan laporan itu sepasukan sembilan anggota bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat, Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan sebuah Perodua Kelisa ditemui orang awam dalam parit sedalam dua meter. Kereta itu dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat seorang lelaki yang ditemui dalam kereta itu dikeluarkan selepas kenderaan itu dibawa naik dengan menggunakan sebuah jentolak.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan jenazah lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan mangsa dikenali Mohamad Khair Mahat, 28, yang dilaporkan hilang pada 21 Mei lalu.

Difahamkan, pada 21 Mei lalu isteri mangsa menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas dan keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangan pada keesokan harinya. FMT

Anggota tentera laut hilang 5 hari ditemui maut dalam parit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker