Watak di sebalik kes rasuah Datuk Roy

Watak di sebalik kes rasuah Datuk Roy

Beberapa siri pertuduhan rasuah yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan program Jana Wibawa terus menjadi tajuk utama berita.

Antara mereka yang menghadapi pertuduhan rasuah ialah Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan.



Semalam seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang lelaki dikenali sebagai “Datuk Roy” dituduh di mahkamah kerana didakwa menerima rasuah dalam pihak berkuasa ke atas anak Muhyiddin, Fakhri Yassin.

Fakhri bukan satu-satunya orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Muhyiddin yang dikaitkan dengan kes itu.

Berikut adalah watak-watak yang terbabit dengan kes program inisiatif kerajaan bagi membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik Covid-19 dulu, serta bagaimana mereka dikaitkan.

* Fakhri Yassin Mahiaddin



Lelaki berusia 48 tahun ini merupakan anak sulung Muhyiddin yang disebut dalam kertas pertuduhan kes Datuk Roy – atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, rasuah dibayar untuk menyelamatkan Fakhri daripada ditahan reman.

Ia dibayar pada 6 Mac iaitu beberapa minggu selepas kes pertama Jana Wibawa dibawa ke mahkamah.

Fakhri dipanggil untuk disoal siasat SPRM, namun puncanya belum didedahkan. Dia juga tidak ditangkap atau didakwa atas tuduhan rasuah.



* Siti Dalena dan Syed Farid Al Attas

Siti Dalena, 47, mempunyai pertalian dengan keluarga Muhyiddin melalui perkahwinan.

Abangnya, Adlan Berhan, berkahwin dengan anak Muhyiddin, Nabilah. Adlan atau Nabilah tidak dinamakan dalam kertas pertuduhan.

Dalena berkahwin dengan Syed Farid, 41, dan nama pasangan terbabit disebut dalam kertas pertuduhan terhadap Datuk Roy semalam sebagai didakwa memberi rasuah sebagai cubaan menyelamatkan saudara mereka daripada tindakan pihak berkuasa pada Mac lalu.



Dalam salah satu pertuduhan, Datuk Roy didakwa meminta RM400,000 daripada Dalena, dan menerima RM240,000 daripada Syed Farid sebagai dorongan untuk tidak menahan Fakhri.

Dalam pertuduhan lain, Datuk Roy didakwa meminta rasuah RM2 juta daripada pasangan Dalena-Syed Farid bagi mengurangkan pertuduhan terhadap Ketua Penerangan Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

* Adam Radlan Adam Muhammad

Berdasarkan laman sesawang berita perniagaan, Focus Malaysia, ahli perniagaan berusia 42 tahun itu adalah sepupu kepada Dalena dan Adlan.



Pada Feb lalu, Adam Radlan didakwa atas lima pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM6 juta dalam kes yang berkaitan dengan Jana Wibawa.

Dia didakwa menerima RM4.1 juta daripada dua firma untuk membantu mereka mendapatkan kontrak pembinaan jalan di Perlis serta membina bangunan ibu pejabat polis di Selangor.

Kontrak itu masing-masing bernilai RM47.8 juta dan RM141 juta.

Dua firma terbabit ialah MIE Infrastructure and Energy Sdn Bhd, dan Nepturis Sdn Bhd.



Adam Radlan dituduh menerima bayaran sekali gus dan meminta habuan berdasarkan peratusan nilai kontrak sebagai sogokan.

* Datuk Roy

Mengikut kertas pertuduhan, Datuk Roy didakwa atas dua pertuduhan iaitu mencari dan menerima rasuah bagi mengelakkan Fakhri ditahan reman, dan mengurangkan pertuduhan terhadap Adam Radlan.

Dia mengaku tidak bersalah dan mintak dibicarakan semalam. Turut didakwa – dan mengaku tidak bersalah – ialah pegawai kanan SPRM Mohd Rasyidi Mohd Said.

Datuk Roy dilaporkan sebagai ketua kumpulan yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta dorongan untuk mengurangkan pertuduhan atau membebaskan mereka yang disiasat SPRM kerana rasuah.

Pada 2020, media melaporkan SPRM membuat pengesahan mereka menahan individu yang dipercayai sebahagian daripada “geng Datuk Roy” kerana meminta rasuah untuk menyelesaikan kes SPRM.

Ia berlaku lebih dua tahun sebelum Datuk Roy bertemu dengan Dalena dan Syed Farid pada Mac 2023. Mk

Watak di sebalik kes rasuah Datuk Roy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker