Pilot Kpop kena serbu

Pilot Kpop kena serbu

Langkawi: Juruterbang pasukan aerobatik ‘Black Eagle’ dari Korea Selatan ‘diserbu’ ribuan pengunjung sejurus selesai melakukan pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, hari ini.

Pasukan Black Eagle yang menggunakan pesawat KAI-T50B dan diketuai Mejar Yang Eun Ho, menjadi pasukan pertama mengadakan pertunjukan udara sempena LIMA ’23, hari ini.

Pertunjukan mereka bermula jam 10 pagi dengan mengetengahkan 35 formasi yang mempesonakan dan berlangsung selama 35 minit.

Tinjauan mendapati, orang ramai yang berada di persekitaran Tarmac LTAL memberi tepukan gemuruh sebaik pasukan yang disertai tujuh pesawat itu selesai beraksi di udara.

Malah, mereka menjerit ‘Oppa!, Oppa!’ (abang) untuk menarik perhatian barisan juruterbang terbabit supaya menghampiri mereka yang berdiri di pagar keselamatan yang dikawal ketat untuk berswafoto dan bertanya khabar.

Siti Zamzarina Mohd Yusof, 23, dari Kuantan, Pahang berkata, dia gembira kerana berpeluang berswafoto dengan seorang juruterbang pasukan itu yang sudi menghampiri tempatnya berdiri.

“Saya rasa berbaloi, walaupun berhadapan kesesakan jalan raya dan beratur panjang untuk beli tiket, akhirnya dapat bergambar dengan juruterbang Black Eagle yang menjadi hasrat saya ketika mahu bertolak dari Kuantan lagi.

“Pastinya peluang bergambar dengan juruterbang Korea yang wajah mereka mirip artis Kpop popular menjadi kenangan yang sukar dilupakan pada LIMA kali ini,” katanya ditemui.

Nurul Safarina Mohd Jais, 22, dari Parit Buntar, Perak berkata, kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan barisan juruterbang Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) amat memikat hatinya.

“Saya peminat filem Korea, dan memang saya mengharap sangat dapat bergambar bersama mana-mana juruterbang Korea yang tampil membuat persembahan aerobatik pada LIMA kali ini.

“Tadi, ada tiga juruterbang menghampiri tempat saya berdiri dan sempatlah kami bergambar dan bertegur sapa menggunakan beberapa perkataan dalam bahasa Korea yang pernah saya hafal,” katanya. HM

Pilot Kpop kena serbu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker