Wang tidak dituntut cecah RM11.2 bilion

Wang tidak dituntut cecah RM11.2 bilion

Jumlah wang yang tidak dituntut di negara ini mencecah RM11.2 bilion sehingga 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebahagian besar wang tidak dituntut yang diuruskan Jabatan Akauntan Negara itu adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif melebihi tujuh tahun atau lebih, merangkumi 70 peratus.

Beliau berkata, dua lagi kategori wang yang tidak dituntut adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Sehingga semalam, kita sudah kembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023.

Berita lanjut menyusul

Wang tidak dituntut cecah RM11.2 bilion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker