Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

Jin Sekat Nafsu Makan

Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

Dunia semakin moden dan canggih, namun masih ada lagi segelintir pihak menggunakan ilmu sihir sebagai jalan pintas untuk penyelesaian dendam dan mengubat sakit hati.

Golongan selebriti juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa sihir individu yang berasa kurang senang dengan niat menjatuhkan atau memusnahkan kebahagiaan orang lain.



Berbahas soal ini, sebelum ini tular mengenai fizikal pelakon Sherry Ibrahim yang kelihatan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit, namun, dinafikan.

 

Terbaharu, Sherry sekali lagi tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan dengan menyatakannya hanya mengalami kurang selera makan.

“Mulanya saya jaga pemakanan dan aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan, tetapi sekarang ramai yang ambil berat dan anggap saya tak sihat.




Baca Artikel Menarik:

Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”


“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tiada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya menerusi ditemubual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Ditanya adakah penyusutan berat badan berpunca angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui, dia sudah berikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.



“Saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin ada hubungan yang baik dengan semua orang. Namun, hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.

“Alhamdulillah, saya sudah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya sudah berusaha, insya-Allah apapun saya kena berserah.


Baca Artikel Menarik:

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua




“Ini semua keizinan Allah. Bila saya dapat maklum balas mengenainya, saya sedar kena ikhtiar cara lain,” kongsi Sherry.

Lebih mengejutkan, Sherry berkongsi terdapat gangguan aneh terjadi sehingga enggan berhubung dengan orang.

Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

 



“Saya tak pernah ada musuh, reputasi dalam industri pun tiada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini.

“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, perkara begini tak boleh main-main, Allah lebih berkuasa.


Baca Artikel Menarik:

Pesan Faizal pada Khairy




“Keluarga ada bersama saya ketika itu. Saya juga tak sedar.

“Saya bersyukur sangat ada orang yang sentiasa bersama saya. Allah nak tunjuk kepada saya ada orang nak bantu saya.

“Saya banyak elakkan diri daripada orang. Saya tak mahu jumpa orang,” dedah Sherry lagi.

Namun di sebalik kisah mistik itu, Sherry menjelaskan, dirinya kini dalam keadaan baik dan berharap tidak diganggu dan berhak mendapat kebahagiaan.

 

Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker