Netflix caj RM13 sebulan kongsi akaun

Netflix berkata satu akaun ‘hanya untuk digunakan satu isi rumah’.

Netflix caj RM13 sebulan kongsi akaun

Netflix akan mengenakan bayaran RM13 sebulan kepada pengguna tidak tinggal serumah dengan pemegang akaun untuk melanggan perkhidmatan penstriman video.

Syarikat itu dalam kenyataan menegaskan satu akaun Netflix hanya “untuk digunakan satu isi rumah”.



Katanya, ia akan mula menghantar e-mel kepada pelanggan di Malaysia yang berkongsi akaun mereka dengan pengguna tidak tinggal serumah.

Menerusi salinan e-mel dikongsi dalam kenyataan itu, Netflix berkata, pelanggan yang ingin berkongsi akaun dengan individu di rumah lain boleh memindahkan profil sendiri kepada mereka.

Mereka kemudian akan menjadi pelanggan baharu dan perlu membayar yuran langganan bulanan.

“Anda juga boleh berkongsi akaun Netflix dengan seseorang yang tidak tinggal di rumah anda dengan bayaran RM13/bulan.”



Netflix yang giat membanteras perkongsian akaun secara meluas berkata, ia akan mengehadkan tontonan program AS kepada individu tinggal serumah.

Menurut laporan CBS News, pelanggan pelan standard atau premium Netflix, berharga USD15.50 hingga USD20 sebulan, boleh membenarkan individu tinggal di rumah lain menggunakan kata laluan mereka dengan bayaran tambahan USD8 sebulan.

Katanya, dasar itu diperluaskan ke lebih 100 negara.

Awal tahun ini, Netflix dilaporkan berkata, lebih 100 juta isi rumah berkongsi akaun, yang dikatakan memberi kesan kepada kemampuannya melabur dalam menghasilkan kandungan baharu. FMT



Netflix caj RM13 sebulan kongsi akaun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah



Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker