Kerajaan Madani batal pembinaan litar drag, Ismail Sabri sentap

 

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasa kesal dengan keputusan kerajaan yang tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri.

Menurut Ismail Sabri, ketika pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia, sebanyak RM20 juta sudah diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar itu untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Malah, beliau berkata, litar drag itu juga boleh menjadi platform terbaik untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

“Kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran ini merupakan salah satu punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak,” katanya.

Ogos lepas, media melaporkan, Ismail Sabri berkata, kerajaan bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sebuah litar untuk perlumbaan drag di setiap negeri bagi memperkasa program pembangunan sukan permotoran dengan cadangan itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023.


Baca Artikel Menarik:

Tak hormat wanita, pondan – View Chin


Bagaimanapun, kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak bercadang untuk meneruskan cadangan kerajaan pimpinan Ismail Sabri berkaitan pembinaan litar drag itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, langkah berkenaan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi dengan kementeriannya sedang menumpukan usaha untuk menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sukan sedia ada.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mencadangkan, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meninjau dan melawat litar perlumbaan drag yang sudah siap dibina di Terengganu dan Johor.

Ujar beliau, kos pembinaan litar drag di Johor adalah pada kadar minimum seperti pembinaan litar dan pagar keselamatan sahaja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk grandstand.

“Pembinaan litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap pada tahun 2022 juga hanya melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta iaitu satu usaha kerjasama di antara agensi swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Balqis – Tayang J*bo Hari-Hari


“Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang permotoran ini.

“Pihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya akan cadangan tersebut agar satu penyelesaian tuntas dapat diberikan dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh para belia,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Anak Que Haidar raih perhatian

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker