Jenazah Awang Askandar tiba di Kem Tiga pagi tadi
Jenazah Awang Askandar tiba di Kem Tiga pagi tadi
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Kem Tiga kira-kira pukul 7 pagi waktu Nepal (sekitar 9 pagi waktu Malaysia) hari ini.
Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, jenazah dibawa turun dari Kem Empat dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung.
Beliau berkata, ketika ini pasukan penyelamat berehat sebentar selepas berhempas pulas selama sembilan jam bergilir-gilir mengusung jenazah sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Dua.
“Cuaca ketika ini berada dalam keadaan kurang baik, berangin dan mendung dan serta suhu sekitar 23 darjah celcius.
“Perjalanan dari Kem Tiga ke Kem Dua dijangka mengambil masa selama dua jam dan ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, setiba di Kem Dua, jenazah akan terus diterbangkan dengan helikopter ke Everest Base Camp (EBC) dan seterusnya dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.
“Sekiranya keadaan cuaca mengizinkan jenazah dijangka diterbangkan ke Khatmandu pada pukul 1 tengahari waktu Nepal (sekitar 3 petang waktu Malaysia),” jelasnya. K Online
Jenazah Awang Askandar tiba di Kem Tiga pagi tadi
Baca Artikel Menarik:
- Langkawi ni Kedah punya – Sanusi
- Pesan Faizal pada Khairy
- Alif Satar Sebak, Anak Perempuan Titip Surat ‘Makan Dalam’
- Ketua kampung temui ajal atas pentas
- Anjur program ‘gang bang’, Kerajaan Johor beri amaran keras jangan buat perkara maksiat
- Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”
- Adira Suhaimi dengan madu tersayang
- Kuku dalam pinggan pelanggan, ilmu pelaris atau memang pengotor
- Kahwini pasangan gay, remaja ditemui mati dikhuatiri dibunuh
- Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
- Ini dikatakan punca kenapa Zizan Razak masih membujang
- China gam Uncle Roger
- Haji Hadi salahkan UMNO pula atas kegagalan PAS pinda RUU 355
- Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama