Anwar balun pencacai, ‘walaun’ politik kerana masih pertahan penyelewengan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan golongan belia agar memiliki ciri idealisme yang berkeyakinan dan berminat untuk membuat perubahan bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada masyarakat.

Beliau menegaskan, golongan itu tidak boleh memiliki perangai yang lebih jelik berbanding ‘orang tua’ yang sanggup menjadi tali barut untuk mempertahankan penyelewengan dan penindasan.

Justeru, beliau berharap anak-anak muda dapat mengkaji maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan dan tidak hanya menuruti mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

“Ada anak muda perangai lebih teruk daripada orang tua, ada anak muda menjadi tali barut atau pencacai. Apa erti anak muda sebegitu, ikut sahaja sebagai macai (yang) tidak berfikir, ataupun sebagai walaun.

“Anak muda (yang) kita (mahukan ada) nilai dari segi keyakinan dan minat hendak bawa perubahan, minat dalam menimba ilmu dan cita-cita membawa kebaikan, itu yang disebut idealisme,” katanya pada Sesi Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi, hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap golongan muda tidak tertipu dengan propaganda politik yang dimainkan pihak tertentu selain perlu dilatih untuk membuat penilaian dengan baik terhadap sesuatu perkara.

“Begitu juga hak dalam memilih, (ada yang kata) kalau sokong Anwar, dia akan sokong LGBT, kalau sokong Anwar, (orang) Cina akan berkuasa, ini tidak betul,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan seorang pelajar tentang bayaran e-Tunai Belia Rahmah, Anwar mengesahkan pemberian untuk golongan belia itu akan dibuat mulai bulan hadapan.

Pelajar wanita terbabit mendakwa pembayaran bantuan tersebut lewat diberikan kerana mendapat maklumat daripada TikTok bahawa ia sepatutnya dibayar pada bulan lalu.

“Kalau Menteri Kewangan kata betul lah tapi kalau TikTok kata tak betul lah, bagi Menteri Kewangan jawab. Ini bulan lima (Mei), bulan enam (Jun) kita bagi, insya-Allah,” katanya.

Menjawab soalan lain, Perdana Menteri tidak mahu anak muda dipalit dengan pandangan negatif hanya kerana minat yang ditunjukkan dalam bidang hiburan seperti K-pop.

Jelasnya, setiap generasi mempunyai kecenderungan kepada hiburan atau fesyen, namun ia tidak boleh dilakukan sehingga tasub yang menghilangkan nilai baik seseorang.

“Zaman dahulu, kita juga mempunyai minat kepada muzik Allahyarham P. Ramlee atau The Beatles. Malah ada yang berfesyen dengan gaya rambut yang pelbagai.

“Sekarang ini selain muzik dan filem, anak muda mempunyai kecenderungan tinggi terhadap aplikasi media seperti Tiktok. Ianya bukan satu masalah atau beban, selagi kita tahu menilai diri menjadi manusia yang baik,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker