Jet peribadi: Keselamatan pemimpin lebih penting daripada wang, kata Uggah

Jet peribadi: Keselamatan pemimpin lebih penting daripada wang, kata Uggah

KUCHING: Penggunaan jet peribadi memberikan beberapa kelebihan, berbanding pesawat komersial kepada pemimpin dan pegawai kerajaan Sarawak termasuk tahap keselamatan lebih tinggi.

Timbalan Premier, Douglas Uggah Embas, berkata jet peribadi juga menawarkan lebih kefleksibelan dalam mengatur perjalanan.

“Keselamatan pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan Sarawak amat penting sekali serta tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit dan kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penerbangan mereka, terutama ke luar negara.

“Oleh itu, penggunaan jet peribadi adalah satu pilihan berdaya maju yang mampu memberikan tahap keselamatan yang diperlukan,” katanya yang juga menteri kewangan dan ekonomi baharu II Sarawak ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementerian itu di sidang Dewan Undangan Negeri.

Pada 17 Mei, Adun Pending Violet Yong, mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg dan lain-lain pemimpin negeri dalam perjalanan rasmi mereka ke London, baru-baru ini.

Sementara itu, Uggah berkata, kerajaan Sarawak menandatangani satu kontrak dengan Hornbill Skyways untuk menyediakan perkhidmatan pesawat, termasuk Yang di-Pertua negeri, premier Sarawak, timbalan premier dan Jemaah Menteri negeri.

“Jenis jet yang digunakan pemimpin kerajaan negeri tidak ditetapkan oleh kerajaan Sarawak, tetapi oleh Hornbill Skyways berdasarkan perjalanan mereka dan kesesuaian teknikal pesawat untuk penerbangan jauh,” katanya. FMT

Jet peribadi: Keselamatan pemimpin lebih penting daripada wang, kata Uggah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker