Kuku dalam pinggan pelanggan, ilmu pelaris atau memang pengotor
'Sudah separuh ibu makan baru sedar ada kuku dalam makanan'
Ujarnya, ketika kejadian dia bersama ibunya sedang menikmati makan tengah hari di restoran tersebut.
“Bukan satu tetapi enam potong kuku dijumpai dalam nasi malah ada dua potong yang ibu dah termakan. Tak terkata,” ciapnya di Twitter.
Sementara itu, pihak restoran tersebut tampil membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran di Facebook rasmi mereka susulan kejadian berkenaan dan melahirkan rasa kesal serta memandang perkara berkenaan sebagai suatu perkara serius.
“Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku melibatkan juadah disediakan. Kami juga amat kesal apabila mengetahui ada seorang pelanggan telah menjumpai benda asing tidak sepatutnya dalam makanannya dan faham akan kebimbangan serta kesulitan telah dilalui akibat kejadian tersebut.
“Kami juga memberi jaminan bahawa memandang serius akan perkara ini dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan bagaimana perkara itu boleh terjadi.
“Kesihatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan amat menyesali akan segala kesulitan yang berlaku,” ujarnya.
Pihak restoran itu juga menegaskan bahawa kejadian itu tidak mencerminkan tahap piawaian tinggi yang ditetapkan sepanjang penubuhan restoran berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pihak restoran telah melaksanakan langkah segera untuk memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.
“Kakitangan kami akan menjalani latihan tambahan tentang keselamatan makanan dan protokol pengendalian dan kami juga akan memperkukuh proses kawalan kualiti kami.
“Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan diseluruh operasi kami demi mendapatkan kepercayaan anda semula.
“Maklum balas anda sangat berharga bagi kami, jadi hubungilah kami secara langsung dengan sebarang cadangan,” katanya.
Pihak restoran itu turut memaklumkan akan sentiasa mendengar dan akan melaksanakan perubahan secara aktif untuk mengelakkan insiden serupa daripada berlaku pada masa hadapan.
“Sekali lagi, kami memohon maaf setulus hati kepada pelanggan yang terlibat dengan kejadian ini dan juga kepada semua pelanggan setia kami yang lain.
“Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda semua, dan kami komited sepenuhnya untuk memberikan servis terbaik daripada kami.
“Terima kasih kerana memahami dan memberi kami peluang untuk memperbaiki keadaan. Semoga ALLAH merahmati kita semua,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.