Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan
SPRM dilaporkan telah memanggil anak kepada seorang bekas perdana menteri bagi membantu satu lagi siasatan berhubung aktiviti perniagaannya.
Memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu, akhbar The Star melaporkan individu itu disoal siasat selama beberapa jam.
“Kenyataan telah dirakamkan dan saya percaya akan ada sesi lain dengannya,” kata sumber itu.
Utusan Malaysia pula melaporkan individu berkenaan adalah anak kepada seorang bekas perdana menteri. Dia dipanggil untuk disoal siasat pada pukul 10 malam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
The Star berkata nama lelaki itu disenaraikan dalam Panama Papers tetapi tidak dapat dipastikan jika SPRM sedang meneliti dakwaan yang dibuat dalam dokumen tersebut.
Panama Papers merujuk kepada kebocoran besar sebanyak 11.5 juta dokumen yang didedahkan daripada firma guaman yang berpangkalan di Panama pada 2016. Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.
Laporan bahawa anak bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang meringkuk di penjara, Mohd Nazifuddin Mohd Najib adalah antara mereka yang dinamakan.
Turut dinamakan ialah Fakhri, anak sulung bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, serta Mirzan, anak sulung bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, seorang wakil Mirzan melalui salah satu syarikatnya, Crescent Capital, menafikan penglibatan Mirzan dalam Sergio International Ltd – firma British Virgin Islands yang dikaitkan dengannya.
Minggu lalu, Bernama melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri atas dakwaan penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.
Agensi berita nasional itu, yang turut memetik sumber, berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
“Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.
“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” menurut sumber itu.
Kebocoran Kertas Pandora berlaku pada 2021 apabila sumber tanpa nama berkongsi dengan ICIJ 2.94 terabait fail kewangan sulit, berjumlah lebih daripada 11.9 juta dokumen dan rekod lain, daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus syarikat cengkerang (shell) dan amanah di kawasan perlindungan cukai sekitar dunia.
Berikutan kebocoran itu, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membidas Malaysiakini atas apa yang didakwanya sebagai “obsesi yang tidak berkesudahan” portal berita ini terhadapnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.