Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan

Singapore Airlines mengumumkan kakitangannya akan menerima bonus kira-kira 8 bulan gaji selepas syarikat penerbangan  itu mencatat keuntungan tahunan tertinggi, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut saluran berita Bloomberg, Singapore Airlines mencatat  keuntungan tertinggi dalam sejarah 76 tahun penubuhannya.

“Kami berterima kasih kepada formula bonus perkongsian keuntungan tahunan yang telah lama wujud dan dipersetujui bersama oleh kesatuan kakitangan kami,” kata jurucakap syarikat itu.



Singapore Airlines yang juga menaungi syarikat penerbangan tambang murah Scoot, mencatat pendapatan bersih tahunan berjumlah SGD$2.16 bilion (RM7.29 bilion).

Perkongsian bonus bersamaan gaji selama 6.65 bulan dan bonus ex gratia maksimum 1.5 bulan akan dibayar kepada kakitangan yang layak sebagai pengiktirafan kepada kerja keras dan pengorbanan mereka sepanjang pandemik Covid-19.

“Pemberian bonus ini sebagai mengiktiraf dedikasi, kerja keras dan pengorbanan pekerja kami termasuk pemotongan gaji semasa pandemik Covid-19,” jelas jurucakap itu.

Bonus tambahan ex gratia bagaimanapun tidak akan diberikan kepada pengurusan kanan.



Dalam pada itu, Singapore Airlines menyatakan bahawa jualan hadapan untuk semua kelas kabin adalah ‘sihat’ didorong oleh tempahan tiket ke Korea Selatan, Jepun dan China.

Saham Singapore Airlines meningkat sebanyak 1.2 peratus semalam. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker