Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah hampir RM1 billion

Ratu Elizabeth II

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) membelanjakan hampir 162 juta paun Sterling (RM911 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari, kata Kementerian Kewangan negara itu.

Pemakaman negara pada 19 September 2022 itu berlangsung 11 hari selepas kematian baginda.

Semasa tempoh berkabung nasional itu, ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, tempat jasad baginda ditempatkan.

Menurut laporan portal BBC News, daripada jumlah tersebut, dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan menanggung kos yang tinggi.



Kos yang ditanggung kedua-dua kementerian itu masing-masing ialah sebanyak 74 juta 162 juta paun Sterling (RM416 juta) dan 57 juta 162 juta paun Sterling (RM320.8 juta).

Kesemua kos yang ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan dengan pemakaman mendiang Ratu Elizabeth II serta acara-acara lain sebelumnya termasuk sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, John Glen, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan “acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan, selain memastikan tahap keselamatan orang awam” pada sepanjang masa terpelihara.

Dalam kenyataan menteri secara bertulis yang disampaikan kepada Parlimen, Glen berkata, Perbendaharaan UK turut menyediakan pembiayaan tambahan pada saat-saat diperlukan selain telah menjelaskan “sepenuhnya” perbelanjaan yang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara.



Anggaran kos pemakaman Ratu Elizabeth II menerusi kementerian dan jabatan kerajaan adalah seperti berikut:

* Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan – 57.42 juta 162 juta paun Sterling * Jabatan Pengangkutan – 2.565 juta 162 juta paun Sterling * Jabatan Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan – 2.096 juta 162 juta paun Sterling * Kementerian Dalam Negeri – 73.68 juta 162 juta paun Sterling * Kementerian Pertahanan – 2.890 juta 162 juta paun Sterling * Pejabat Ireland Utara – 2.134 juta 162 juta paun Sterling * Kerajaan Scotland – 18.756 juta 162 juta paun Sterling * Kerajaan Wales – 2.202 juta 162 juta paun Sterling

Jumlah keseluruhan: 161.743 juta paun Sterling

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022, kerajaan UK mengumumkan tempoh berkabung nasional adalah selama 10 hari.
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.



Jasa mendiang Ratu Elizabeth II disemayamkan di St Giles Cathedral Edinburg selama 24 jam, sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana beribu-ribu orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan.

Orang ramai berbaris di London pada setiap waktu sepanjang hari, termasuk ketika suhu sejuk, untuk memberi penghormatan – pemain bola sepak England, David Beckham antara yang tidak terkecuali.

Skala pemakaman negara dan tempoh berkabung disifatkan polis sebagai “berkemungkinan operasi terbesar yang pernah dilakukan di UK” pada masa itu.

Pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia dan kerabat diraja asing menyertai keluarga diraja England itu bagi pemakaman negara di Westminster Abbey.



Acara pemakaman diraja itu turut ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.

Ia merupakan pemakaman negara pertama sejak pemakaman Sir Winston Churchill pada tahun 1965 dan merupakan acara penghormatan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker