Menjelang PRN: 6 negeri masih sepakat bubar DUN serentak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesepakatan dalam pertemuan enam Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan Februari lalu setakat ini tidak berubah.
Menurutnya, adalah lebih berisiko kepada kedua-dua gabungan parti sekiranya PRN tidak diadakan serentak.
“Dalam pertemuan itu, kami bincang mengenai perkara (bubar) itu lah. Sekiranya diberikan cuti serentak bolehlah balik mengundi dan itu yang sebaiknya. Saya percaya masih ada persefahaman itu.
“Tidak ada siapa pun buat rancangan apa-apa (selain itu). Saya tak pastilah kalau PH tiba-tiba tukar angin. Kita (PN) masih sama mahukan tarikh pilihan raya yang sama di Kedah, Kelantan, Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya PN Kedah sempena Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini pada malam Sabtu.
Hadir sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta kepimpinan tertinggi PN Kedah.
Muhammad Sanusi tegaskan, risiko untuk setiap parti lebih tinggi sekiranya PRN tidak dilakukan serentak dan ia merupakan langkah yang terbaik.
“Ada risiko kalau tak buat sekali, sama ada mereka akan ‘renyak’ kita ataupun kita ‘renyak’ mereka. Jadi lebih baik adakan sekali.
“Ada negeri DUN terbubar sendiri dalam bulan Jun atau Julai. Kedah pada 4 Julai akan gugur sendiri, manakala Kelantan (26 Jun) dan Terengganu pada 28 Jun,” katanya.
Menurutnya lagi, memandangkan setakat ini tiada perjumpaan susulan selepas perjumpaan pertama diadakan, rundingan tersebut masih terpakai selagi tiada perubahan diumumkan.
“Belum jumpa (kali kedua) cuma ada jumpa di mesyuarat biasa tetapi tak adalah perbincangan khusus mengenai perkara itu, maka masih terpakai rundingan pertama itu,” jelasnya.
Namun tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRN selepas masing-masing membubarkan DUN.
“Saya pun sudah maklum awal akan bubar DUN minggu keempat Jun. Oleh kerana sudah ada tarikh masing-masing boleh buat kerja. PH pun mula awal gunakan bas (untuk kempen), kita tak ada bas, guna kereta sendiri dan kaedah tradisi seperti perjumpaan dan himpunan, selain tingkatkan lagi media baharu.
“Petugas parti kita tanpa bayaran, tanpa konsert artis, tanpa bas angkut percuma, tak ada makanan percuma. Semua datang ikhlas,” katanya ketika berucap di hadapan 50,000 jentera parti yang dilancarkan bagi setiap daerah terlibat.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan Kedah menjadi tarikan sama ada di pihak PN mahupun PH.
“PN sedang memerintah, PH berhasrat merampasnya. Nak rampas Kelantan, Terengganu mereka tak larat, jadi mula di Kedah. Ingat Kedah ‘kacang pooi’ bukan jalan mudah untuk PH.
“Kita pun tak anggap pakatan mereka itu pakatan yang mudah untuk dihadapi. Kita persiapkan jentera lebih awal, bangkitkan semangat untuk tingkatkan kemahiran petugas pilihan raya PN dan mula laksana kempen yang dibenarkan,” ujarnya.
Pada Jumaat, Barisan Nasional (BN) bersama PH yakin mampu memberi saingan di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu yang ditadbir Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera kedua-dua parti kini berada dalam keadaan siap siaga termasuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lalu untuk berdepan saingan PRN.
Presiden UMNO itu juga percaya trend sokongan pengundi akan berubah dalam PRN akan datang berbanding pada PRU15 lalu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Baby Shima sokong, PU Syed rasa bimbang
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Kematian Tangmo Nida, Pemilik Dan Pemandu Bot Mengaku Bersalah
- Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Mark Adam hampir dibunuh, enggan kecoh kes ditipu kontraktor
- Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan [VIDEO]
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET