Peguam Cukai Dedah Influencer & Founder Produk Tidak Bayar Cukai

Peguam Cukai Dedah Influencer & Founder Produk Tidak Bayar Cukai

Trend mempamerkan kemewahan dan kejayaan di media sosial semakin menjadi ikutan sehingga ada yang sanggup berpura-pura.

Berpura pura bisnes mendapat sambutan, berpura-pura berjaya, berpura-pura memiliki kemewahan hanya kerana mahu disanjung tinggi oleh komuniti media sosial.



Itulah hakikatnya zaman sekarang ini dan seperti kata orang, trend di media sosial ada baik dan buruknya dan ia bergantung kepada setiap individu untuk menilai.

Pada pendapat saya, trend ini juga dipengaruhi dengan ‘modus operandi’ daripada geng geng founder yang mempamerkan kekayaan masing-masing.

Kebanyakannya berbuat begitu untuk tujuan marketing dan kerana mahu menarik lebih ramai orang sertai team bisnes mereka.

Rumah besar dan luas, kereta mewah bersusun di parkir rumah dan memilih untuk beli handbag mewah bagi mereka ini ibarat golongan B40 memilih sayur di kedai Aceh.



Show off sana sini, cukai tak bayar
Namun, rupanya ada golongan peniaga dalam talian termasuklah founder produk timbang kilo dan influencer yang ramai sanjung ini, tidak membayar cukai.

Peguam cukai, Ezmeer Zulkarnain berkata usaha untuk memantau dan menjejaki individu ini perlu dipergiatkan oleh pentadbir cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan mereka turut serta menyumbang pendapatan kepada negara.

Asas cukai perlu diperluas kepada perniagaan dalam talian dan media sosial. Jika dilihat ‘influencer‘ dan ‘founder‘ produk ini secara meluas menunjukkan kemewahan, namun bukan semua daripada membayar cukai.”

Tambahnya, meskipun ada unit LHDN yang memantau namun golongan itu perlulah ada kesedaran sendiri untuk membayar cukai kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif.



Ezmeer juga berpendapat bahawa tahap literasi cukai yang masih sederhana antara punca ketidakpatuhan cukai oleh masyarakat.

Dalam masa sama, dia berharap agar pentadbir cukai mewujudkan satu aplikasi khusus untuk pembayar cukai muat naik dokumen percukaian.

Nampaknya bertambah lagi isu kurang enak atau negatif yang kita dengar membabitkan founder produk atau influencer di Malaysia ini.

Peguam Cukai Dedah Influencer & Founder Produk Tidak Bayar Cukai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker