Noraini, Shahrizat bertemu, perkasa agenda wanita

Noraini, Shahrizat bertemu, perkasa agenda wanita

Noraini, Shahrizat bertemu, perkasa agenda wanita

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas ‘pencabarnya’, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ‘dipertemukan’ semula dalam usaha memperkasakan agenda wanita.

Usaha ‘mempertemukan’ kedua-dua tokoh Wanita UMNO itu dilaksanakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.



Menurut Asyraf Wajdi dalam hantaran di Facebook, pertemuan itu adalah untuk menyelaras gerak kerja bagi memperkasakan lagi agenda wanita terutama melalui Wanita UMNO dan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif direncanakan untuk memperjuangkan pelbagai isu-isu dan agenda wanita di peringkat kebangsaan.

“Inilah semangat keluarga besar UMNO pasca pemilihan parti bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’.


Baca Artikel Menarik:

Bina Umno progresif, tolak politik toksik – Zahid




“Bagaimana hangat sekali pun suasana pemilihan tempoh hari, namun setelah selesai semuanya bertaut kembali sebagai satu keluarga dengan berkongsi aspirasi dan matlamat yang satu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada pemilihan UMNO yang diadakan Mac lalu, Noraini mengalahkan Shahrizat dengan memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi.

Kemenangan Noraini itu sekali gus ‘mematahkan’ cubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Ketua Wanita Umno selepas meletak jawatan pada 2018.



Bagaimanapun, Shahrizat kembali berada dalam organisasi tertinggi UMNO selepas dilantik sebagai ahli MKT parti berkenaan.

Pada masa sama, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut dilantik bagi mempengerusikan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO. Utv


Baca Artikel Menarik:

Ulang tahun UMNO ke-77: Parti sedang pulih dan bangkit – Presiden UMNO



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker