Kena menang baru gaji penuh – Norizam

Kena menang baru gaji penuh – Norizam

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan pemain boleh mendapat gaji penuh namun syaratnya adalah perlu meraih kemenangan dalam dua aksi seterusnya yang bakal dihadapi mereka.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Norizam yang lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham itu menjelaskan prestasi buruk yang sedang dialami pasukan itu menyebabkan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus terpaksa dilakukan.



Justeru, pasukan perlu bangkit mencipta kemenangan dan Norizam sama sekali tidak dapat berdepan masalah untuk ‘memulangkan’ semula 50 peratus yang disekat sebelum ini.

“10 kali dah Kalah..1 menang dan 1 seri..no 13 dari 14..Nak petunjuk prestasi utama (KPI) penuh? Nak gaji penuh? Boleh, sila berikan kemenangan dua lawan seterusnya dan 50 peratus yang ditahan akan dapat penuh.

“Anda ada komitmen saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi. Pekerja baik kita kekalkan. Mana prestasi buruk kita buang. Dalam saham dipanggil cutloss atau tukar kepada yang lain yang lebih baik,” katanya.

Dua aksi seterusnya buat The Red Warriors (TRW) adalah berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman sebelum mereka melayan kunjungan PDRM FC di laman sendiri.



Dalam perkembangan lain, Norizam turut mengesahkan pasukan itu tidak berdepan sekatan perpindahan dan boleh mengambil pemain baharu pada jendela perpindahan kedua, Julai ini.

“TRW dah 3 tahun reputasi tiada transfer band dan so far tiada lagi sekatan untuk ambik pemain di pemindahan kedua. Kalau ada hanyalah Kes Fadel Antar yang sedang dilawan dan diselesaikan di Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Lawyer (peguam) TRW sedang buat kerja untuk kebenaran memihak Kelantan FC. InshaAllah tiada sekatan untuk ambik pemain baru,” jelasnya. BH

Kena menang baru gaji penuh – Norizam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker