Bossku cirit birit, perbicaraan 1MDB ditangguhkan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan rasuah 1MDB Najib Razak yang membabitkan RM2.28 bilion kerana bekas perdana menteri itu mengalami cirit-birit.
Perbicaraan dijadualkan hari ini dan esok.
Pegawai perubatan Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memberitahu mahkamah petang ini bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengeluarkan cuti sakit (MC) dua hari untuk Najib.
Hafiz yang dipanggil untuk memberi penjelasan kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, berkata seorang penolong pegawai perubatan di penjara itu memaklumkan bahawa Najib mengalami sakit perut dan cirit birit sejak semalam.
“Sekitar jam 7.30 pagi, saya memeriksanya. Saya tanya dia apa masalah dan dia cakap dia sakit perut dan loya serta terpaksa ke tandas untuk buang air besar sebanyak empat kali.
“Kemudian saya berinya pil arang dan selepas 10 minit, dia kata keadaannya tak berubah. Saya periksa lebih lanjut dan dapati dia kekurangan air dan ada sedikit demam dengan suhu 37.8 darjah,” tambahnya.
Hafiz berkata dia kemudian merujuk Najib supaya ke HKL dan tertuduh dibawa ke hospital itu antara jam 9.30 pagi dan 10 pagi tadi.
Menjawab soalan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib, pegawai perubatan itu berkata Najib kelihatan “penat, lesu dan kekurangan air.”
“Dia (Najib) tidak cergas untuk hadiri perbicaraan kerana perlu diberi ‘drip’ yang dimasukkan dalam saliran darah dan tidak mampu berdiri sebab duduk terlalu lama,” kata Hafiz.
Pegawai perubatan itu, ketika menjawab soalan peguambela utama, Muhammad Shafee Abdullah, berkata dia perlu merujuk Najib ke HKL supaya tertuduh mendapat akses kepada rawatan lebih rapi daripada pakar di sana.
Sequerah kemudian menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan prosiding disambung semula pada Khamis.
Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.
Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas menteri kewangan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
1MDB adalah dana pelaburan negara Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Najib juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama