Tuan Ibrahim kata titah Tuanku adalah arahan kembalikan peruntukan Adun PN

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pahang menyambut baik Titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan peruntukan turut diberikan kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat mereka berhak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri untuk membantu rakyat.



“Kita merakam penghargaan yang tinggi kepada Tuanku. Secara tak langsung, satu arahan dikeluarkan kepada pihak kerajaan supaya menyalurkan peruntukan kepada semua Adun.

“Tuanku sebut, kami (Adun pembangkang) dipilih oleh rakyat dan hormati pilihan rakyat,” katanya seperti dilaporkan lidah rasmi PAS, HarakahDaily hari ini.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Oleh itu Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, penyaluran semula peruntukan yang sebelum ini dinafikan perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Katanya, semua Adun pembangkang bersetuju dan menyokong peruntukan kerana mereka juga berhak menerima peruntukan sama seperti wakil rakyat lain.



Pada 3 Jan lalu, pembangkang mendakwa yang dianaktirikan kerajaan negeri Pahang selepas tidak menerima sebarang peruntukan.

Semalam Tengku Hassanal Ibrahim bertitah mengingatkan kerajaan negeri supaya memberikan peruntukan yang adil kepada wakil pembangkang di negeri itu.

Baginda menitahkan supaya landskap politik negeri perlu diubah selari dengan 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Gambar Hiasan – DUN Pahang

Baginda bertitah, 66 tahun tempoh kemerdekaan ini sepatutnya politik negeri sudah matang dan yang menjadi kerajaan negeri harus meraikan pembangkang kerana mereka juga dipilih oleh rakyat.



Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata titah Tuanku merupakan satu arahan kepada kerajaan negeri Pahang.

Tambahnya, peruntukan itu sangat penting kepada wakil rakyat terutamanya bagi menyelesaikan pelbagai isu dalam kawasan seperti bencana dan sebagainya.

“Kita katakanlah, jika berlaku ribut di suatu kawasan, mangsa akan datang ke pusat khidmat, jadi dana perlu disalurkan segera.

“Bukan salur secara terus kepada Adun, ia disalurkan kepada pejabat daerah, cuma geran sahaja kita minta diserahkan kepada kita. Bukan dalam bentuk wang tunai.



“Tapi semua projek segera itu akan diaudit termasuk peruntukan RM5,000 bagi sumbangan hari raya sebelum ini, kami sediakan laporan lengkap supaya tidak timbul berlakunya penyelewengan,” kata Tuan Ibrahim.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker