Syamsul kini berhadapan dengan tuntutan nusyuz oleh Puteri Sarah

Syamsul kini berhadapan dengan tuntutan nusyuz oleh Puteri Sarah

Syamsul kini berhadapan dengan tuntutan nusyuz oleh Puteri Sarah

GOMBAK – Selepas suaminya memfailkan nusyuz, pelakon, Puteri Sarah turut melakukan perkara sama apabila memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Syamsul Yusof.

Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili selebriti itu, tuntutan tersebut difailkan pada pagi sebelum prosiding bermula hari ini.

“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Syamsul,” kata peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Menurut peguam itu, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab namun terma-terma secara terperinci tidak boleh didedahkan.

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen


Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu Akberdin turut memaklumkan Puteri Sarah juga telah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan Syamsul.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.

Sebelum ini Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz itu berkata terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

Dalam pada itu peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof mengesahkan perkara berkenaan.


Baca Artikel Menarik:

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain


Menurut Azmi, oleh kerana dokumen berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah baru diperoleh, pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.

Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Pada prosiding hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Untuk rekod hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392


Baca Artikel Menarik:

Sharnaaz sedia ‘duduk’ rumah orang tua andai terus menduda


Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker