Pernikahan Shuib dan Watie ditetapkan pada 23 Jun 2023

Pernikahan Shuib dan Watie ditetapkan pada 23 Jun 2023

Pernikahan Shuib dan Watie ditetapkan pada 23 Jun 2023

Pelawak juga penyampai radio popular, Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah dan tarikh penikahan telah ditetapkan pada 23 Jun depan.

Difahamkan, majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.



Dalam majlis tersebut, pihak Watie menerima tiga dulang hantaran daripada Shuib berupa manisan dan sirih junjung berbalas lima dulang iaitu sirih junjung, buah-buahan, samping, kasut dan manisan.

Mengakui hatinya berdebar-debar sejak semalam, Shuib hanya mengharapkan doa orang ramai agar perancangannya untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

“Saya berdebar-debar sejak beberapa hari lalu termasuk sepanjang mencari barang dan melakukan persiapan.


Baca Artikel Menarik:

Majlis pertunangan: Shuib syukur jodoh dengan Watie dipermudahkan




“Rasa lain, seronok dan terharu sebab melihat keluarga bekas mentua dan mak saya bersama dan pihak belah sana (keluarga Watie) disatukan.

“Dalam kehidupan memang tak sangka apa yang Allah SWT sajikan.

“Apa yang boleh diharapkan ialah doa daripada semua orang. Semoga semua doa itu menguatkan lagi membawa kita ke arah kehidupan paling baik,” ujarnya.



Sementara itu, Watie pula berharap ikatan yang bakal terjalin dengan Shuib Jun depan akan berjalan lancar berkat doa semua pihak.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Cat Farish mengaku bercinta dengan Shikin Maembong




“Perasaan bercampur-baur dan saya mengharapkan semuanya dipermudahkan dan berkekalan selama-lamanya.

“Semoga hubungan dengan bakal suami mendapat doa daripada semua,” katanya.

Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan mengakui bakal bernikah pada Jun depan.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Air mata Yusof Haslam gugur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker