Fiza nafi bercinta dengan Engku Emran
Fiza nafi bercinta dengan Engku Emran
Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim menafikan dakwaan dirinya bercinta dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, seperti yang diperkatakan netizen ketika ini.
Fiza ketika dihubungi berkata, dakwaan netizen itu tidak berasas sama sekali.
“Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiada angin tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang ‘screenshot’ (tangkap layar) mengenai komen peminat itu di Instagram,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sama ada dia mengenali Engku Emran yang juga suami kepada Noor Nabila Mohd Noor itu, Fiza berkata, dia sendiri tidak pernah bertemu dengannya di mana-mana acara sebelum ini.
“Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim hanya Allah yang tahu – Didie
Nina Juren geram amah lari kebas duit
“Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta itu,” katanya.
Mengulas dakwaan Engku Emran ada membawa anaknya keluar, Fiza berkata, dia juga hairan bagaimana gosip itu turut mengaitkan nama anak-anaknya.
“Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.
“Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya,” katanya.
Namun, Fiza tidak kisah dengan apa saja gosip mahupun kecaman peminat kerana sudah lali dengannya.
Baca Artikel Menarik:
- Jasmine dedah fantasi sebenarnya
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
- The Dollah jadikan Senario sebagai inspirasi
“Saya sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni dan terima apa saja kecaman netizen. Saya hidup dengan dunia sendiri dan tak kacau hidup orang pun,” katanya.
Terdahulu, kontroversi status rumah tangga antara usahawan selebriti, Noor Nabila, 38, dan Engku Emran masih menjadi tanda tanya, apatah lagi pasangan ini mengambil keputusan mengunci mulut.
Namun, menerusi perkongsian video di laman TikTok, Engku Emran didakwa menjalin hubungan bersama Fiza, selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.
Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikutnya meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran itu.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut di laman sosial berkenaan mengatakan remaja yang bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak saudaranya iaitu Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak
- ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri. HM
- Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET