Dua hari minta tolong dari atas pokok, akhirnya berjaya diselamatkan Bomba

Anggota bomba menyelamatkan ‘si bulus’ di sebatang pokok kelapa berhampiran Jeti Wak Sempoh, Kampung Bagan Lalang.

SEPANG – Selepas dua hari bermalam di atas pokok kelapa setinggi 20 kaki berhampiran Jeti Wak Sempoh, Kampung Bagan Lalang di sini, ‘si bulus’ akhirnya berjaya diselamatkan dan di bawa turun kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Difahamkan, kucing kampung berbulu hitam itu memanjat pokok kelapa berkenaan selepas dikejar seekor anjing sebelum berjaya di bawa turun sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang.

Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Razi Sabri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung pada pukul 2.15 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Kami terpaksa menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan. Mula-mula kucing itu takut sebaik didekati mungkin sebab dua hari terperangkap atas pokok. Selepas sesi pujuk memujuk, si bulus bagi kerjasama dan di bawa turun.



“Kami tidak sempat nak rakam gambar kucing itu kerana sebaik tiba di atas tanah, kucing itu terus lari tanpa sempat kami beri makan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker