Akuan berkanun ahli parlimen, Hamzah kata Anwar hanya mengigau

 

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin berkata dia tidak pernah bermimpi mahu pun mengigau tentang memiliki akuan berkanun (SD) oleh ahli parlimen yang cukup bagi membentuk kerajaan baru.

Sebaliknya, Hamzah yang juga ketua pembangkang berkata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang sebenarnya mengigau.



Hamzah mendakwa Anwar mengigau kerana takut dengan kedudukannya sebagai perdana menteri mungkin akan diambil alih.

“Semalam saya dengar ada seorang bagitau bahawa saya mimpi tiap-tiap minggu, saya nak maklum kepada beliau (Anwar) saya tak pernah mimpi pun tiap-tiap minggu. Saya nak beritahu yang hang (kamu) mengigau tu pasai (sebab) apa, saya tak cakap apa pun.

“Sejak dia jadi perdana menteri, saya cakap hanya dalam Parlimen bagitau dia hang la (kamu sekarang) ni bukan lagi ketua pembangkang, yang jadi ketua pembangkang saya dan yang nak buat cerita bukan-bukan pasai apa,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, hari ini.

Semalam, Anwar mencabar pembangkang supaya membawa akuan SD yang dikatakan ke parlimen.



Ini selepas terdapat cakap-cakap ada gerakan dicetus PN untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH dan BN.

“Tidak mengapalah, kalau dia (Hamzah) ada tunggu pada persidangan Parlimen bawalah usul SD tiada masalah. Ini setiap minggu dia jadi macam mengigau, sebelum hari raya, sebelum puasa, selepas hari raya, sebelum hari raya haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baru Cina,” kata Anwar.

Selain Hamzah, menurut Anwar, Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga “mengigau” dengan ramalannya bahawa kerajaan akan tumbang tidak lama lagi.

Menjelas lanjut, Hamzah berkata, disebabkan Anwar yang memintanya untuk bermimpi dan mengigau membentuk kerajaan, maka dia mengajak semua pihak untuk berdoa agar perkara itu menjadi kenyataan.



“Saya selama ini relax (tenang) sahaja, tak pikiaq (fikir) apa pun tapi la (sekarang) ni dia suruh saya mimpi, cita-cita. Kita semua berdoa semoga apa yang dia katakan bahawa kita ada nombor, angka atau jumlah itu akan tercapai untuk kita ambil alih (kerajaan) daripada dia, padan muka dia.

“Kita doa lah sama-sama perjuangan kita dirahmati Allah kerana kita tahu hari ini rakyat tertunggu-tunggu masa depan lebih baik. Kalau dulu depa kata (kita) kerajaan yang kurang baik, hari ini nak maklum kerajaan yang ada lebih teruk daripada mana-mana kerajaan yang sebelum ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



`Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker