Sharnaaz hantar representasi gugurkan tuduhan cederakan pengawal keselamatan

Sharnaaz hantar representasi gugurkan tuduhan cederakan pengawal keselamatan

Sharnaaz hantar representasi gugurkan tuduhan cederakan pengawal keselamatan

Pelakon, Sharnaaz Ahmad, menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara, Selasa lalu, untuk menggugurkan kesnya atas tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan, tahun lalu.

Peguam bela Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, berkata pihaknya baru menghantar representasi itu kerana ada beberapa dokumen dan perkara yang perlu diselesaikan.



“Ada kemungkinan pengadu tidak mahu meneruskan kes, namun tiada kepastian. Saya tidak mahu mahkamah beranggapan pihak pembelaan sengaja melambatkan kes.

“Saya memohon tarikh keputusan representasi pada Julai kerana ada beberapa kes lain pada bulan ini dan Jun,” katanya pada sebutan kes di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, hari ini.

Majistret kemudian menetapkan 10 Julai ini bagi keputusan representasi itu yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin.




Baca Artikel Menarik:

“Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya.” – Diyana Ridzuan


Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui pemberita berharap kes dapat diselesaikan secara baik.

“Jika kesudahan tidak seperti dijangkakan, saya bersedia untuk ke perbicaraan,” katanya.



Media melaporkan keputusan representasi dikemukakan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, sepatutnya diketahui hari ini.

Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan, tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu berusia 27 tahun ketika berada di kawasan lif sebuah kondominium, jam 8.30 malam pada 16 Jun 2022.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. BH



Ayah janji mahu pergi majlis kahwin saya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker