Kifarah penjawat awam curang
Kifarah penjawat awam curang
Dua penjawat awam Indonesia yang curang dengan pasangan masing-masing dikenakan tindakan tatatertib dan disiplin selepas gambar mereka bercumbu tular di media sosial.
Kedua-duanya yang bertugas di bawah jabatan pendidikan dan kebudayaan mengaku bermain kayu tiga sebelum gambar mereka sedang bercium tular di WhatsApp, lapor Kompas.
Si lelaki adalah koordinator wilayah di Wonogiri, Jawa Tengah manakala, kekasihnya adalah guru besar yang kini ditukarkan bertugas di jabatan selama 12 bulan.
Ketua Badan Pegawai Daerah (BKD) Wonogiri, Djoko Purwidyatmo berkata, lelaki berkenaan diberi pilihan untuk berhenti kerja atau pangkat diturunkan.
“Dia memilih meletak jawatan. Dia sepatutnya pencen pada Jun, kini pencennya diawalkan pada Mei,” katanya yang memberitahu wanita itu pula menerima hukuman disiplin yang mana dilucut daripada menjadi guru perlu menjalani ujian kompetensi ulangan jika mahu mengajar semula.
Bagaimanapun katanya, kes cumbu itu akan menjadi asas pertimbangan utama buat pihak berkuasa memberi kebenaran bagi wanita terbabit mengambil ujian kompetensi ulangan untuk bergelar guru.
Guru wanita itu masih mempunyai 13 tahun sebelum bersara dan kedua-duanya mendakwa tidak sengaja memuat naik gambar cumbu itu di status WhatsApp yang dikatakan hanya terpapar untuk beberapa saat. HM
Kifarah penjawat awam curang
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama