Ia telah wujud sejak jutaan tahun dan disebut dalam al-Quran

Ia telah wujud sejak jutaan tahun dan disebut dalam al-Quran

Lebah bukanlah spesies serangga yang baru dikenali, malah sudah wujud sejak jutaan tahun yang lalu. Ini disahkan dalam satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar haiwan dari Universiti Oregon Amerika Syarikat, Profesor George Borneil yang menyatakan,

“Sejumlah besar ciri lebah madu ketika ini sudah wujud sejak jutaan tahun lalu, melalui fosil lebah yang ditemui di Myanmar.”



Albert Einstein pernah berkata, “Jika lebah hilang dari muka bumi ini. Tunggulah, manusia hanya ada empat tahun sahaja untuk meneruskan kehidupan.”

Tidak dinafikan, lebah sangat sinonim dikaitkan dengan madu, kerana hanya serangga sekecil ini mampu menghasilkan ubat ajaib (madu) yang memberi manfaat yang sangat luar biasa bagi manusia. Jika tidak, masakan Baginda s.a.w. menyebutkan,

“Hendaknya kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan al-Quran” (HR Ibnu Majah)

Aura dan pesona serangga sekecil lebah diabadikan namanya pada salah satu surah dalam al-Quran iaitu an-Nahl (lebah). Dalam surah ini Allah menzahirkan keajaiban lebah dengan firman Nya pada ayat 68 dan 69,



“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “buatlah sarang-sarang di bukit- bukit, di pohon-pohon kayu, dan di bangunan-bangunan yang dibina manusia. Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-buahan, lalu ikutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).

Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkannya.”

Lebah yang disebutkan dalam al-Quran bukan hanya sebagai agen penghasil madu semata-mata. Malahan serangga yang juga dikenali dengan nama saintifiknya apidae ini, mempunyai habitat penampilan yang sangat luar biasa.

Sifat unik yang ada pada lebah seharusnya dijadikan sumber inspirasi dalam kehidupan manusia, agar dapat memberi manfaat bukan hanya pada diri sendiri bahkan juga makhluk Allah yang lain.



Keistimewaan sifat lebah telah diterjemahkan oleh Baginda s.a.w. dalam sebuah hadis dari Abdullah b. Amru r.a.

“Perumpamaan seorang mukmin seperti lebah apabila ia makan maka ia akan memakan sesuatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sesuatu, ia tidak merosakkan atau mematahkannya.” (HR Ahmad & Baihaqi)

Mengungkapkan keajaiban habitat lebah sebagai inspirasi manusia meraih kasih sayang Allah Badrul Redzuan Abu Hassan, Pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpendapat, Allah menukilkan sifat lebah dalam surah an-Nahl bukan hanya untuk memperihalkan tentang manfaat madu, bahkan lebih dari itu Allah sebenarnya ingin manusia mempelajari sifat yang ada pada serangga tersebut. Ada kiasan pada kehidupan lebah yang boleh kita sebagai manusia pelajari.

“Saya melihat al-Quran umpama sebuah peta dengan adanya petunjuk arah. Kerana itu al-Quran juga disebut bayan atau antologi. Al-Quran diturunkan untuk manusia, oleh itu sebagai manusia kita kenalah mencari apa sahaja yang disebutkan dalam al-Quran waima seekor lebah, kerana di situ ada kiasan pada masyarakat. Justeru itu, kita bukan hanya perlu melihat tetapi kita juga disuruh untuk berfikir.” Ujarnya.



Melihat pada sifat lebah dan cara kehidupannya, ia hanya makan benda-benda yang terbaik iaitu nektar bunga yang terbaik. Ia juga membina sarang serta hidup dalam koloni yang banyak, sekurang-kurangnya lebih lima puluh ribu ekor. Sedikit dari sifat hidupnya ini sudah terdapat sesuatu yang berguna yang boleh dijadikan rujukan dalam hidup.

Dari sudut makan benda yang terbaik, saya melihat makanan yang terbaik bagi kita adalah dari aspek yang lebih luas bukan terletak pada isi perut, tetapi isi fikiran, perbuatan, akhlak, serta ilmu yang dapat memberi manfaat pada seluruh manusia. Bukan hanya terhadap orang Islam semata, bahkan ia mencapah kepada seluruh manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

“Segala amal ibadah yang kita laksanakan adalah satu penawar pada diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Ada tugas dan peranan bagi setiap manusia untuk menjadi seperti lebah,” tegasnya.

Konsep Jemaah



Dalam satu koloni lebah, terdapat seekor ketua (ratu lebah) yang bertindak memberi arahan dan tugasan pada setiap lebah menjalankan peranan masing-masing. Walaupun ia betina, namun ia diberikan peranan oleh Allah untuk memimpin.

Ada yang bertindak sebagai lebah pekerja mencari madu, lebah tentera mengawal sarang dan tugas-tugas yang lain. Setiap mereka menjalankan tugas dengan efisien dan bertanggungjawab walaupun hanya seekor lebah.

Di situ terdapatnya konsep jemaah yang jelas dalam kehidupan lebah, kerana itu Allah meletakkan lebah sebagai analogi bagi kita untuk bertindak seperti mereka, dengan syarat kita memikirnya secara holistik.

Sebagai manusia yang sememangnya diberi akal dan peranan sebagai khalifah mentadbir alam, sudah semestinya mereka bertindak lebih baik dari sekumpulan lebah. Dalam kehidupan bermasyarakat terutama di Malaysia, kepelbagaian ras kaum, dan agama, seharusnya disemai dengan harmoni tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan. Bahkan ia dijalin dengan semangat kerjasama dan kasih sayang dengan peranan masing-masing.



Meskipun ia hanya serangga kecil, tetapi ia mampu menunjukkan jalan hikmah yang terbaik untuk panduan kita meraih kasih sayang Allah. Terlalu banyak sifat-sifat mahmudah yang ditunjukkan lebah boleh kita manfaatkan, antaranya lebah hanya mencari yang bersih, ia tidak bersifat merosak, serta hanya mengeluarkan yang baik, bersih dan bermanfaat.

Lebah juga mempunyai semangat kerjasama yang tinggi, berusaha mencari rezeki yang baik bukan menanti rezeki datang, bekerja keras, patuh dengan arahan dan pelbagai lagi. Inilah inti pati dan inspirasi yang seharusnya diambil dari koloni lebah, untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Wallahu a’lam Utv

Ia telah wujud sejak jutaan tahun dan disebut dalam al-Quran
Ia telah wujud sejak jutaan tahun dan disebut dalam al-Quran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker