Cubaan bunuh Presiden Rusia dengan 2 dron milik Ukraine berjaya dipatahkan

 

Presiden Russia, Vladimir Putin

Dua buah dron dipercayai milik Ukraine menyerang Kremlin semalam dalam insiden  yang dianggap sebagai percubaan untuk membunuh Presiden Russia, Vladimir Putin, lapor portal berita Wion News semalam.

Kremlin menyifatkan insiden itu sebagai serangan terancang untuk  membunuh Presiden Russia dengan  Moscow berikrar akan bertindakbalas.

“Malam ini (semalam), rejim Kiev melakukan serangan dron ke atas kediaman Presiden Persekutuan Russia di Kremlin,” kata perkhidmatan akhbar Kremlin dalam satu kenyataan.



“Kami menganggap ini sebagai tindakan pengganas yang dirancang menjelang sambutan Hari Kemenangan pada 9 Mei ini,” kata Kremlin sambil menambah, Putin tidak berada dalam bangunan semasa serangan berlaku.

“Russia berhak untuk bertindak balas terhadap percubaan serangan itu ke atas Kremlin di mana dan pada bila-bila masa yang sesuai,” kata kenyataan sama.

Penduduk Moscow melaporkan mendengar dua letupan di belakang tembok Kremlin sejurus selepas pukul  2 pagi (waktu tempatan).

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap menjulang di ruang udara Kremlin.



Pihak berkuasa berkata, ia adalah serangan yang dilakukan oleh Ukraine dengan menggunakan dua buah  dron.

Pasukan keselamatan Russia menembak jatuh kedua-dua dron itu  dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut agensi berita TASS. – Agens

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker