Polis berkas lelaki lempar kelongsong senapang patah dalam istana

Gambar Hiasan

Polis menahan seorang lelaki semalam kerana disyaki melempar kelongsong senapang patah ke dalam kawasan Istana Buckingham, lapor laman berita MailOnline.

Suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) selepas dia menghampiri pintu pagar istana di tengah London ketika latihan istiadat pertabalan Raja Charles III sedang diadakan.

Saksi-saksi berkata, lelaki itu dilihat melemparkan beberapa ‘barang’ di kawasan istana itu sebelum dia ditahan polis.

Rakaman siaran berita menunjukkan bagaimana suspek yang digari itu menundukkan kepalanya ketika pegawai-pegawai polis menahannya. Pihak berkuasa kemudian melakukan letupan terkawal pada beg dilontar lelaki berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.



Polis mengawal lokasi sebuah beg yang ditemui di kawasan Istana Buckingham, London semalam.

Seorang saksi memberitahu laman berita The Sun bahawa suspek telah berada di luar istana sejak beberapa malam terakhir dan kedengaran menjerit: “Saya akan membunuh Raja.”

Bagaimanapun, polis berkata, ia tidak menganggap kejadian itu mempunyai kaitan dengan keganasan, sebaliknya dianggap sebagai insiden kesihatan mental terpencil.

Istana Buckingham mengesahkan Raja Charles dan isterinya, Queen Consort Camilla tidak berada di istana tersebut ketika kejadian itu berlaku. Namun, jurucakap diraja tidak menjawab sama ada saudara-mara atau ahli keluarga lain berada di sana apabila kejadian tersebut berlaku. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker