Ruffedge bergabung semula untuk konsert

Ruffedge bergabung semula untuk konsert

Kembali bergabung selepas lebih sedekad membawa haluan sendiri, kumpulan yang popular dengan lagu R&B dan hip hop, Ruffedge terus rancak memacu kerjaya seni dengan mengadakan pelbagai persembahan.

Selepas kejayaan Konsert Ruffera di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Julai tahun lalu, kumpulan yang dianggotai Sein, Cat, Mode, Azan dan Zain ini akan kembali menghiburkan peminatnya menerusi konsert berskala besar bermula Jun hingga Ogos depan.



Bertemakan RUFFERA That Moment In Time, konsert ini akan memulakan siri jelajahnya di Singapura pada 10 Jun depan.

Mengulas pemilihan Singapura sebagai destinasi pertama, anggota Ruffedge, Sein atau Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsy, 39, berkata selain untuk memenuhi permintaan peminat di republik itu, mereka mahu menjadikan konsert itu sebagai acara pemanas badan sebelum tampil dengan acara berskala mega di Kuala Lumpur.

“Selepas bergabung, kami sudah beberapa kali mengadakan persembahan khusus untuk peminat di Malaysia.

“Justeru konsert di Singapura ini dibuat atas permintaan peminat yang begitu merindukan persembahan kami.



“Disebabkan kami akan muncul dengan konsert mega di Malaysia, acara di Singapura dianggap sebagai ‘teaser’ .

“Kami mahu terbitkan rasa teruja dan perasaan tidak sabar peminat untuk menantikan konsert kami di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media konsert RUFFERA – That Moment In Time di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tunku Bainun, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, tarikh dan lokasi konsert di Kuala Lumpur masih dirahsiakan.

Konsert kali ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, malah, memaparkan bagaimana muzik Ruffedge berjaya merentasi masa dan relevan.



Sehubungan itu, Sein berkata, lagu bakal didendangkan mengikut tema konsert RUFFERA – That Moment In Time.

“Kami masih merancang dalam menentukan lagu bakal didendangkan. Bagaimanapun, pastinya lagu yang bakal kami nyanyikan itu akan mengikut peredaran zaman.

“Maknanya, akan ada lagu pada awal kemunculan kami hinggalah hari ini dan mengikut turutan.

“Dalam peredaran zaman itu, mungkin akan ada juga lagu ‘cover’ (saduran) yang pernah kami nyanyikan.



“Apapun, kami masih lagi memikirkan mengenai perkara itu. Apa yang pasti, kami mahu peminat Ruffedge puas hati dengan persembahan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Azan memaklumkan persiapan sedang giat dibuat di mana mereka kerap berkumpul dan berlatih bersama.

“Untuk konsert besar seperti ini, kami tak boleh selesa atau ambil mudah. Kami buat latihan sebaik mungkin.

“Sebagai penyanyi berkumpulan, sudah menjadi rutin kami untuk berkumpul dan berlatih bersama di studio.



“Ini sangat penting untuk mengekalkan keserasian dan melancarkan lagi persembahan terutama ketika beraksi di pentas,” katanya.

Tiket konsert jelajah selama dua jam yang dibawakan YOLO Malaysia sudah dijual sejak 20 April lalu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge atau yoloasia.com. BH

Ruffedge bergabung semula untuk konsert



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker