Mahathir dan Annuar Musa sepakat untuk berpakat

Mahathir dan Annuar Musa sepakat untuk berpakat

Mahathir dan Annuar Musa sepakat untuk berpakat

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dengan Annuar Musa dalam usaha “mengembalikan muafakat orang Melayu dan Bumiputera menjadi teras politik dan pentadbiran negara”.

Annuar dalam hantaran di Facebook berkata, walaupun mempunyai perbezaan haluan politik dengan bekas perdana menteri itu, namun beliau mengagumi “semangat” Mahathir bercakap mengenai orang Melayu.

“Kami sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan muafakat dan perpaduan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan muafakat orang Melayu dan Bumiputera kembali menjadi teras politik dan pentadbiran negara.

“Sejak dulu Tun (Mahathir) begitu ‘passionate’ bila bercakap tentang orang Melayu.

“Walaupun saya dan Tun sering berbeza pendapat dan haluan politik, namun saya amat kagumi kepimpinan Tun yang begitu banyak membawa impak dan amat berjasa pada negara. Kebijaksanaannya serta ketajaman pemikirannya kekal hingga sekarang,” katanya yang juga presiden Muafakat Nasional.


Baca Artikel Menarik:

 

Amanah mohon maaf pada Umno


Pada 28 April, Mahathir dalam ciapannya di Twitter menyatakan rakyat tidak perlu takut dengan pengaruh “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).

Bekas pengerusi Bersatu itu berkata, Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ditadbir kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

“Gelombang hijau” merujuk sokongan tidak dijangka yang diperoleh PN pada PRU15, apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 dan Bersatu 31.

Tok Mat bidas kenyataan Khalid Samad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker