Tak mustahil Khairy kalah pada PRN
Tak mustahil Khairy kalah pada PRN
Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan kehadiran beberapa pemimpin terkenal Perikatan Nasional (PN) yang berminat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka pada Ogos nanti.
Bagaimanapun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Rodziah Ismail berkata, PH sedia menentang sesiapa sahaja pemimpin PN dan akan memastikan mereka tumbang pada PRN nanti.
Menurut beliau, pemimpin seperti Datuk Seri Shahidan Kassim perlu sedar bahawa senario politik berbeza antara Perlis dan Selangor manakala bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula mempunyai sejarah kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor akhir tahun lalu.
“KJ (Khairy) pernah kalah di Sungai Buloh dan tidak mustahil dia boleh dikalahkan sekali lagi. Begitu juga dengan Shahidan kerana Perlis mungkin jauh berbeza dengan Selangor.
“Kalau dia berani datang Selangor dan selamat datang di mana kami juga berani lawan beliau semoga beliau akan kalah bertanding. Saya yakin rakyat tahu gerak kerja kami seperti saya di Ampang dan Menteri Besar di Gombak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Shah Alam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik.
Beliau diminta mengulas kenyataan Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di Selangor dalam misi membantu PN menawan negeri itu.
Pada masa sama, Khairy juga dikatakan akan ditawarkan oleh PN bertanding di Selangor di bawah DUN Sungai Buloh dan bakal dinamakan calon Menteri Besar.
Mengulas lanjut, Rodziah berkata, minat yang ditunjukkan oleh PN untuk meletakkan nama besar pemimpin di Selangor menunjukkan parti gabungan itu ingin mengambil jalan mudah.
Beliau yang ADUN Batu Tiga bagaimanapun berkata, PN tidak sedar bahawa Selangor bukan mudah untuk dirampas pada PRN nanti.
“Saya rasa mereka take for granted. Mereka ingat Selangor ini begitu mudah dirampas. Sebenarnya saya hendak bagi jaminan, Insya-Allah kami yakin Selangor akan kekal di bawah Pakatan Harapan.
“Kenapa? Sebab saya yakin di peringkat DUN kita sudah buat yang terbaik. Kami bertahan tiga penggal dan kami tidak ambil mudah. Kenapa mereka ingin datang ke Selangor? Itu menjadi persoalannya. Mungkin mereka rasa banyak peluang.
“Pada saya seperti yang sebut tadi, Selangor ini ada kelebihan kerana banyak industry walaupun ada kelemahan yang beri kita untuk tambah baik. Jadi kepada mereka, anda selamat datang. Tetapi akan kami akan berusaha kuat untuk memastikan PKR kekal di Selangor,” katanya.
Sementara itu, pada PRU15, Rodziah berjaya menewaskan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memenangi kerusi Parlimen Ampang di bawah tiket PH apabila berjaya memperoleh undi sebanyak 56, 754 undi menewaskan lapan calon lain yang bertanding.
Zuraida selaku penyandang hanya memperoleh 4, 589 undi. MG
Tak mustahil Khairy kalah pada PRN
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET