Rundingan kerusi PN untuk PRN, 50 peratus didakwa selesai

LENGGONG – Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memaklumkan rundingan tersebut masih berjalan di antara Pas bersama rakan-rakan di dalam komponen PN menjelang PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, pembahagian kerusi bagi kesemua negeri terlibat masih belum dimuktamadkan di peringkat pimpinan PN Pusat.



“Pembahagian kerusi ‘on progress’ di peringkat rundingan. Kita sudah dapat maklumat (pembahagian kerusi) di peringkat negeri-negeri dan perkara ini akan diperhalusi di peringkat pusat.

“Setakat ini sedang berjalan sudah hampir 50 peratus, cuma nak tengok sama ada terdapat kerusi yang perlu ditukar secara bersama, itu sedang dalam perundingan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Pas Perak di Arena Lawin, Pekan Lawin di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Pas Perak akan menghantar jentera mereka bagi membantu PN di Selangor dan Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, di Perak terdapat 24 Pas kawasan yang sudah bersedia membantu jenteran PRN bagi kedua-dua negeri berkenaan.



Menurutnya, sebanyak 12 kawasan akan membantu PN di Selangor manakala selebihnya pula akan ke Pulau Pinang membantu jentera di negeri terbabit.

“Memang kami dalam kesiapsiagaan yang maksimum dan kita telah pun mendapat taklimat dari kawasan yang perlu kita beri bantuan. Memang kita bahagi untuk kawasan sebab di Perak ada 24 kawasan, 12 kawasan akan turun ke Selangor dan 12 kawasan akan turun ke pulau Pinang.

“Setiap kawasan telah pun ditentukan mana satu lokasi DUN yang akan dibantu,” katanya.

Pada 25 Mac lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya bagi gabungan itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa PN sudah menyelesaikan pembahagian kerusi DUN di enam negeri yang akan menghadapi PRN tahun ini.



Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata bagaimanapun keputusan yang dicapai di peringkat enam negeri itu akan dibawa kepada PN pusat untuk dimuktamadkan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker