Remaja Bangladesh ditemui dalam kontena, meninggal dunia

Remaja Bangladesh ditemui dalam kontena, meninggal dunia

Remaja lelaki Bangladesh yang dihantar pulang Februari lalu, sebulan selepas ditemui dalam sebuah kontena perkapalan di Pelabuhan Klang, meninggal dunia.

Ratul Islam Fahim lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla semalam menurut polis tempatan, lapor Bdnews24.Com.



Bapanya memberitahu polis bahawa Ratul yang juga anak sulung daripada tiga beradik lelaki mengalami masalah mental dan tidak tahu berenang.

Faruk Mia yang juga seorang buruh harian berkata, Ratul mandi seorang diri kerana semua orang berada di sawah untuk menuai padi.

“Bagaimana saya boleh hidup selepas ini?” Faruk dipetik sebagai berkata.

Menurut Bdnews24.Com, Ratul dikebumikan tanpa pemeriksaan bedah siasat selepas keluarganya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.



Laporan itu menambah bahawa polis tempatan berjanji melakukan siasatan menyeluruh terhadap kejadian itu.

Kisah remaja berusia 16 tahun itu menarik perhatian media antarabangsa selepas dia ditemui di dalam kontena itu, terselamat selama enam hari tanpa makanan dan minuman.

Ratul ditemui dalam kontena di sebuah dermaga di Pelabuhan Barat Pelabuhan Klang pada 17 Jan.

Ratul memberitahu pihak berkuasa pada masa itu bahawa dia bermain dalam kontena berkenaan dengan rakan-rakan di Chittagong namun akhirnya mendapati dirinya terkunci di dalam.



Ratul dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang sebelum ditempatkan sementara di bawah jagaan Yayasan Chow Kit.

Kementerian Dalam Negeri kemudian mengatur untuk mendapatkan dokumennya daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia sebelum menghantarnya pulang pada 22 Feb. FMT

Remaja Bangladesh ditemui dalam kontena, meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker