Amanah tak layak jadi sahabat perjuangan, mampu runtuhkan kerajaan – Puad

Amanah tak layak jadi sahabat perjuangan, mampu runtuhkan kerajaan – Puad

Umno menyifatkan Amanah tidak sesuai dijadikan sahabat kerana berpotensi meruntuhkan kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi membidas parti itu susulan bantahan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad terhadap permohonan pengampunan Najib Razak.



“Parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu lebih wajar dipanggil sebagai parti PAN, bukan parti Amanah. PAN hanya layak jadi kawan politik, bukan sahabat perjuangan.

“Sebab itu memang susah bersahabat dengan PAN (Amanah). Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan kerajaan perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan,” katanya di Facebook.

Puad berkata, Amanah tidak tertib apabila mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan pengampunan kepada Najib.

“PAN yang hina budi bicara Agong. PAN secara jelas mempersoal kebijaksanaan Agong kerana membuat desakan itu.



“Umno tidak bising pun bila Lembaga Pengampunan tidak bincang kes Najib dua hari lalu. Umno memohon secara tertib.

“Masalahnya PAN, kerana mendesak Agong menolak pengampunan Najib. Umno hanya menyokong sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Said berkata, Najib berhak memohon pengampunan dan perkara ini tidak sepatutnya dipertikai mana-mana pihak, termasuk Khalid.

Beliau juga turut menegur sikap segelintir pemimpin parti yang dahulunya lantang memperjuangkan nasib Najib, namun kini diam selepas mendapat jawatan dan kuasa.



“Perlu diingatkan bahawa Umno tidak boleh menjadikan kerajaan perpaduan bersama parti-parti lain hari ini sebagai tali untuk mengikat atau mengunci mulut mana-mana pihak daripada memberi kenyataan yang tidak sealiran dengan kemahuan mereka.

“Sikap menghukum mana-mana individu yang tidak ‘semazhab’ akan menyebabkan Umno dipandang kuno oleh kawan dan lawan.

“Hakikatnya pemimpin Umno wajib ‘bekerja’ untuk memberikan keadilan (buat) Najib bukan ‘membayar’ mana-mana individu untuk bercakap seolah-seolah berjuang untuk Najib. Wayang ini perlu ditamatkan segera,” katanya.

Sebelum ini Khalid berkata, pihaknya merayu agar permohonan pengampunan Najib ditolak. FMT



Amanah tak layak jadi sahabat perjuangan, mampu runtuhkan kerajaan – Puad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker