Jonathan Meijer punyai 550 anak, kini dilarang derma air mani

 

jonathan meijer

AMSTERDAM, Belanda – Seorang lelaki Belanda yang disyaki mempunyai lebih 550 anak di seluruh dunia melalui pendermaan air mani diarah oleh sebuah mahkamah supaya menghentikan aktivitinya, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Lelaki bernama Jonathan dan berusia 41 tahun itu boleh didenda lebih €100,000 (RM496,327) jika ingkar.

Dia pernah dilarang menderma sperma kepada sebuah klinik kesuburan di Belanda pada 2017 selepas diketahui mempunyai lebih 100 anak.



Namun, Jonathan berdegil dan menderma spermanya ke luar negara menerusi perkhidmatan online.

Sebuah mahkamah di The Hague memerintahkan Jonathan supaya menyediakan senarai semua klinik yang menggunakan khidmatnya. Semua sperma lelaki itu juga diarah dimusnahkan, manakala dia dikatakan telah memperdayakan ratusan wanita.

Garis panduan klinikal Belanda menyatakan bahawa penderma tidak seharusnya menjadi bapa kepada lebih 25 anak tetapi hakim mahkamah tersebut berkata, Jonathan memiliki antara 550 dan 600 orang anak sejak dia mula menderma sperma pada 2007.

Dia dihadapkan ke mahkamah selepas sebuah yayasan melindungi hak kanak-kanak dan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang didakwa hasil daripada  pendermaan spermanya mengemukakan pendakwaan.



Lebih 100 anak lelakinya dilahirkan di klinik Belanda, manakala baki yang lain dilakukannya secara peribadi.

Dia  juga menderma kepada sebuah klinik Denmark yang kemudian menghantar air maninya ke alamat di pelbagai negara. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker