Mangsa pertama strok haba meninggal dunia

Mangsa pertama strok haba meninggal dunia

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok, Kelantan menjadi mangsa pertama strok haba apabila dilaporkan meninggal dunia, pada Selasa.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia pada 9.27 pagi semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.



Ibu mangsa dikenali sebagai Wanie berkata, hasil bedah siasat dilakukan mengesahkan anak lelaki sulung daripada tiga beradik itu maut akibat strok haba dan dehidrasi.

“Doktor merawat memberitahu buah pinggang, jantung anak sudah hangus. Di dalamnya sudah kosong, air dan darah dalam badan sudah kering,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam pada itu, Wanie berkata anak lelakinya itu dilihat aktif berbasikal ketika menyambut Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua.

Bagaimanapun, beliau berkata pada raya ketiga, anaknya mengalami demam biasa dan cirit birit.



“Saya memantau suhu badan anak setiap satu jam sekali, namun ia tidak tinggi hanya sekitar 37 hingga 38 darjah.

“Hari raya keempat selepas Subuh, anak kelihatan lemah. Saya kemudian mengajak suami membawanya ke klinik, tetapi tiba-tiba anak mengalami kekejangan,” katanya.

Wanie berkata, selepas anaknya menghembuskan nafas terakhir di klinik, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

Mangsa merupakan pelajar Tahun 5, Sekolah Kebangsaan (SK) Perupok itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, selepas Isyak pada hari sama.



Sementara itu, Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkaitan kes terbabit. FMT

Mangsa pertama strok haba meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker