Kelebihan puasa 6 hari di bulan Syawal

Kelebihan puasa 6 hari di bulan Syawal

Kehadiran bulan Syawal bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadan, atau bulan kita membalas dendam dengan makan apa sahaja pada siang hari. Tetapi bulan Syawal adalah bulan yang menjadi kayu pengukur sama ada puasa yang kita lakukan sebelum ini memberi kesan pada diri atau tidak.

Dalam bulan ini Allah S.W.T. telah menyediakan satu ujian lagi bagi kita, yang mana apabila kita berjaya mengatasi sedikit ujian tersebut, bermakna kita akan memperoleh pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Itulah dia puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sabda Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim

Justeru itu antara kelebihan puasa 6 Syawal ialah:

Pertama: Berpuasa selama setahun

Sabda Baginda s.a.w.

““Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim

Kedua: Menguatkan hubungan dengan Allah

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah S.W.T. berfirman,

“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri beribadah) kepad Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan senantiasalah hamba Ku bertaqarrub kepada Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” HR Bukhari

Ketiga: Pelengkap amalan fardhu

Hadis Qudsi, firman Allah S.W.T.

“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat, Baginda s.a.w. bersabda, “Allah berfirman kepada para malaikat Nya sedang Dia lebih mengetahui, Lihatlah pada solat hamba Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih kurang? Sekiranya sudah sempurna maka tulislah sempurna. Sekiranya masih kurang,” firman Nya,

“Lihatlah adakah ada pada hamba Ku itu amalan-amalan sunat”. Sekiranya ada firmannya, “sempurnakanlah bagi hamba Ku itu amalan fardunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu” HR al-Hakim

Keempat: Dimasukkan ke dalam syurga

“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata, “salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)” az-Zumar: 73

Begitulah ganjaran bagi orang berpuasa 6 Syawal dan membuktikan takwa serta keimanannya kepada Allah. Wallahu a’lam.

Kelebihan puasa 6 hari di bulan Syawal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker