Alwi umum bersara, tidak bertanding dalam PRN

Alwi umum bersara, tidak bertanding dalam PRN

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad mengumumkan tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada calon muka baru dan dia berpendapat pemimpin politik perlu bersara dengan rekod yang baik.



“Saya terlibat dengan politik sudah terlalu lama dan mula aktif sejak tahun 1986. Pada tahun 1990 saya diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai setiausaha politik menteri, setiausaha politik Perdana Menteri, Ahli Parlimen, Adun dan beberapa pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC).

“Sepatutnya kita ambil masa kongsi pengalaman dengan orang baru, latih generasi baharu untuk ambil alih tampuk pentadbiran negara dan itu hasrat saya. Kalau nak bersara…bersaralah waktu rekod kita bagus. Jangan bersara semasa kita sudah kalah, masa orang sudah benci dan buang kita, ” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Alwi yang kini ketua Umno bahagian Ketereh dipilih sebagai Ahli Parlimen Ketereh pada 2004 dan menjadi Adun tiga kali berturut-turut. Antara 2018 hingga 2019 dia ditugaskan sebagai ketua pembangkang DUN Kelantan.

Pada pilihan raya umum 2018 dia berjaya mempertahankan kerusi Kok Lanas dengan 48.54 peratus undian.



Semakan Malaysiakini berdasarkan PRU15 lalu pula mendapati kawasan Kok Lanas berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) dengan 63.36 peratus.

Sementara itu Alwi berkata pemimpin yang sudah melangkau usia 65 tahun dan keatas sepatutnya memberi ruang kepada orang muda, orang baru untuk memimpin negara.

Katanya, walau bagaimanapun sumbangan masih boleh diberikan dengan baik menerusi latihan, pengkaderan, kursus, berkongsi ilmu, pengalaman dan sebagainya.

“Anda boleh lihat Tun Musa Hitam, seorang pemimpin yang sentiasa releven tetapi dia tahu masa hendak berhenti. Takkan kita nak pegang (jawatan) sehingga umur 100 tahun.



“Pada saya, usia 70 tahun sudah maksimum. Saya sedang fikir dan latih orang baru dalam bahagian (Ketereh) saya latih muda. Sebab saya dulu pun macam itu dilatih oleh Tun Musa, Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi semasa bergelar pelajar universiti,” jelasnya. Mk

Alwi umum bersara, tidak bertanding dalam PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami



Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker