Peristiwa penting berlaku dalam bulan Syawal

Peristiwa penting berlaku dalam bulan Syawal

Bulan Syawal adalah bulan yang dinantikan oleh umat Islam untuk meraikan kemenangan mereka setelah sebulan berpuasa. Justeru itu, syawal adalah bulan yang bermakna untuk kebanyakan orang Islam.

Namun bukan sekadar meraikan perayaan Aildilfitri sahaja, sebenarnya mengikut sejarah Islam, ada beberapa peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Syawal yang mulia ini. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai peristiwa penting dalam bulan Syawal yang patut semua umat Islam tahu.



PERISTIWA PENTING BERLAKU DALAM BULAN SYAWAL

1. Perang Hunain

Peristiwa ini berlaku ketika 3 Syawal, tahun kelapan Hijrah. Ketika peristiwa ini berlaku, orang Islam begitu ramai iaitu 12 ribu pasukan Muslim di mana 2 ribu di antaranya adalah berasal dari Quraisy Mekah. Disebabkan bilangan tentera musuh hanya sebanyak 10 ribu, maka perang ini menjadi kemenangan mutlak milik orang Islam.

2. Perang Khandaq



Perang ini terjadi bermula daripada bulan Syawal hinggalah awal bulan Zulkaedah tahun kelima Hijrah. Perang Khandaq ini juga dipanggil Perang Ahzab, merupakan sebuah pertempuran yang terbesar dalam bulan Syawal ini.

Salman al-Farisi telah mencetuskan strategi untuk mencipta parit yang dalam dan lebar demi menghalau pasukan musuh. Maka, Rasulullah SAW dan kaum Muslimin pun menggali parit disebabkan oleh tentera kafir dan Yahudi yang mengepung baginda dan para sahabat.

Tentera Islam ketika itu hanya berjumlah 3000 berbanding dengan tentera kafir yang mempunyai 10000 orang namun besarnya kuasa Allah SWT, umat Islam akhirnya memenangi perang ini. Ini kerana Allah SWT telah menurunkan ‘tenteraNya’ melalui ribut kencang bersama angin dingin yang sangat menyejukkan hingga menyebabkan pihak lawan lari bertempiaran.

3. Perang Bani Qainuqah



Perang ini berlaku pada Syawal tahun kedua Hijrah. Apa yang berlaku adalah umat Islam Madinah telah menerima fitnah yang dilontarkan oleh kaum Yahudi. Disebabkan oleh kejahatan dan pengkhianatan kaum Yahudi itu sudah melampaui batas, maka Rasulullah SAW menghalau mereka dari kota Madinah. Baginda telah memimpin pasukan Islam untuk mengusir kaum ini keluar.

4. Perang Bani Sulaim

Seperti Perang Bani Qainuqah, perang ini juga berlaku pada tahun kedua Hijrah. Lokasi terjadinya perang ini adalah di Quraqah al-Kurar, daerah penghubung antara Kota Mekah dan Madinah.

Ketika peristiwa ini berlaku, Rasulullah SAW memimpin sebanyak 200 pasukan Islam dalam menghadapi Bani Sulaim dan Ghatfan. Namun begitu, tiada pertempuran berlaku kerana pasukan pihak musuh telah lari dari awal sejurus mendengar kemaraan tentera pimpinan Rasulullah SAW.



5. Perang Uhud

Perang ini terjadi pada 15 Syawal tahun ketiga Hijrah. Ia bermula disebabkan oleh kaum kafir Quraisy yang datang untuk menyerang kembali Rasulullah SAW dan pasukan baginda kerana ingin membalas dendam selepas kalah dalam Perang Badar tahun sebelumnya.

Pada awalnya, tentera Islam mendominasikan peperangan ini namun apabila pihak musuh meninggalkan harta benda yang mereka bawa, umat Islam mula salah faham. Mereka beranggapan bahawa peperangan telah berakhir sedangkan ketika itulah Khalid al-Walid kembali ke tempat strategik yang diduduki oleh kaum Islam.

Walaupun Rasulullah SAW telah berpesan agar mereka bertahan di tempat itu sama ada menang atau kalah, namun tentera Islam tetap turun. Oleh itu, ramai yang mati syahid termasuklah bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Mutalib. Malah, Rasulullah SAW juga mengalami luka-luka parah disebabkan peperangan ini.



6. Perang Taif

Peristiwa ini berlaku pada 630 Masihi di mana orang Thaqif melarikan diri daripada Perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Taif. Maka, Rasulullah SAW pun mengejar dan mengepung markas serta benteng di Taif selama lebih 20 malam. Baginda telah menggempur benteng tersebut dengan pelbagai senjata.

7. Kelahiran Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari adalah individu yang berjasa dalam merealisasikan kompilasi hadis-hadis Rasulullah SAW. Malah, ada karyanya, Shahih al-Bukhari yang masih dijadikan rujukan hingga ke hari ini.



8. Pernikahan Rasulullah SAW bersama Aisyah RA dan Ummu Salamah RA

Justeru itu, selain menyambut lebaran Syawal ini, umat Islam patut menghayati peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Semoga peristiwa-peristiwa ini dijadikan iktibar buat semua umat Islam. Semoga bermanfaat!

Peristiwa penting berlaku dalam bulan Syawal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker