Agong berkenan beri laluan ambulans [VIDEO]

Tangkap layar video Agong memberi laluan kepada sebuah ambulans, petang tadi.

PETALING JAYA – Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang memandu motoked serta memberikan laluan kepada ambulans menunjukkan keprihatinan baginda yang berjiwa rakyat.

Menerusi video dimuat naik Istana Negara pada media sosial rasmi, baginda yang sedang memandu serta diiringi pengiring segera memberikan laluan kepada ambulans tersebut yang berada di lorong paling kanan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang hari ini.

“Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked baginda,” menurut penerangan video oleh Istana Negara, hari ini.



Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi pujian kepada baginda apabila mengutamakan kebajikan rakyat.

“Agong berjiwa rakyat, Daulat Tuanku. Semoga sihat selalu dan dirahmati Yang Maha Esa,” komen AriosJohn.

“Ahamdulillah terima kasih Tuanku menunjukkan contoh yang terbaik,” kata sahilah21.

“DYMM telah bukitkan kasih baginda kepada hamba rakyat. Menjunjung kasih Tuanku kerana memberi tauladan yang amat luar biasa untuk hamba rakyat,” ujar user49058328843215.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin



Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker