Lakukan kelucahan melampau terhadap bayi, polis cari Nenobota Marisa

Lakukan kelucahan melampau terhadap bayi, polis cari Nenobota Marisa

Polis sedang mengesan wanita warga Indonesia yang melakukan kelucahan melampau terhadap bayi sehingga video berkenaan tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, video tindakan wanita terbabit tular sebelum pihaknya menerima laporan polis dari bekas majikannya pada Khamis lalu.

“Siasatan mendapati video berkenaan dirakam tahun lalu dan mula tular di media sosial pada April tahun ini.

“Hasil siasatan juga mendapati wanita dalam video berkenaan adalah bekas pembantu rumah dan sudah pulang ke negara asal tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek pernah bekerja dengan majikannya itu selama setahun setengah dan tidak dilanjutkan kontrak kerana mempunyai masalah disiplin.

“Polis kini sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas pasport milik suspek mendapati rekod menunjukkan wanita itu sudah keluar dari negara ini sejak 27 September 2020.

“Suspek dikenali sebagai Nenobota Marisa dan berasal dari Indonesia. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Megenderan di talian 03-79662222 atau 017-3356810,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. HM

Lakukan kelucahan melampau terhadap bayi, polis cari Nenobota Marisa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker