Suami mati dibelasah isteri menggunakan mop lantai

Seorang wanita di timur Jepun ditahan selepas membelasah suaminya yang berusia 84 tahun menggunakan mop lantai sehingga mangsa meninggal dunia, lapor laman berita The Mainichi semalam.

Balai Polis Noda di wilayah Chiba menahan Yoko Taguchi, 78, kerana disyaki memukul dan mencederakan suaminya pada 11 April lalu di rumah mereka di bandar Noda.

Dia dilaporkan mengaku melakukan perbuatan itu



Polis secara khusus menuduh Taguchi memukul suaminya, Torakatsu pada bahagian kepala dan bahagian lain badannya dengan menggunakan mop tangan pendek selama kira-kira 10 minit dari sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada 11 April lalu.

Pukulan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius yang dijangka mengambil masa sebulan untuk sembuh.

Namun, Torakatsu meninggal dunia di hospital tujuh hari kemudian.

Polis kini sedang menyiasat kaitan antara pukulan itu dengan kematiannya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker