Status OKU bukan alasan, gadis tetap semangat masak untuk raya

Tangkap layar Farrah sedang menyiapkan kuah kacang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Biarpun memiliki kekurangan dan bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang wanita tetap bersemangat membantu keluarga memasak bagi persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi klip video yang dimuat naik di media sosial Farrah Syahirah, kelihatan dia mengambil peranan untuk membuat kuah kacang.

Walaupun tidak mempunyai kedua-dua tangan, Farrah dilihat hanya menggunakan kakinya untuk mengacau kuah tersebut.

“Kami adik-beradik ada tugas masing-masing untuk masak setiap satu menu. ‘Part’ (peranan) saya masak kuah kacang. Nak rasa, jemput datang rumah,” katanya di ruangan kapsyen.

Sehubungan itu, rata-rata orang memuji semangat Farrah kerana tidak memberikan alasan untuk bersama keluarga menyediakan juadah raya.

“Tiada alasan untuk tidak buat kerja dapur, Ya Allh yang cukup tangan pun segan. Malunya saya,” kata azura.

“Saya pernah buat guna kaki, tiba-tiba kejang. Kelebihan yang ada pada awak, susah nak dapat dekat orang lain,” ujar Dhia.

“‘Respect’ orang macam awak. Ini tak, balik kampung berkepit dengan telefon, lepasu tulis status rindu keluarga. Alahai,” seloroh Nufa

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker