Pertandingan bunuh kucing untuk kanak-kanak dibatalkan

WELLINGTON – Satu pertandingan memburu dan membunuh kucing liar untuk kanak-kanak  dibatalkan di New Zealand selepas dibantah oleh orang ramai serta kumpulan kebajikan haiwan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pihak penganjur acara memburu tahunan North Canterbury  itu menerima kecaman hebat apabila  mengumumkan kategori baharu untuk kanak-kanak berumur bawah 14 tahun.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai 250 dolar New Zealand (RM683). Kategori baharu itu diumumkan Sabtu lalu beserta peringatan agar peserta tidak membunuh kucing peliharaan.



Ia bagaimanapun dibatalkan selepas mendapat tentangan pelbagai pihak.

“Keselamatan penganjur dan sekolah adalah keutamaan kami. Justeru, keputusan telah dibuat untuk membatalkan kategori tersebut tahun ini bagi mengelak lebih banyak tentangan daripada orang ramai,” kata penganjur di laman Facebook.

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata, pihaknya menyambut baik dan lega apabila kategori kanak-kanak yang melibatkan pembunuhan kucing liar telah dibatalkan.

“Kanak-kanak sama seperti orang dewasa di mana mereka sukar untuk membezakan antara kucing liar, kucing jalanan atau kucing peliharaan yang ketakutan,” kata jurucakap SPCA.



Tambahnya, raifal udara kebiasaannya digunakan ketika berburu, yang membawa kepada proses kematian yang lebih lama serta meningkatkan penderitaan haiwan.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan dikenali sebagai  Bernie berkata, kategori baharu itu membuatkan dia berasa tidak selesa kerana peserta akan menembak sebanyak mana kucing yang boleh.

Ia akan membuatkan mereka menembak tanpa menentukan sama ada ia adalah kucing peliharaan atau sebaliknya.

Kucing liar dianggap  haiwan perosak di New Zealand di mana ia memberi kesan besar terhadap burung tempatan, kelawar, cicak, tikus dan serangga, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker